08 February, 2015

MATRIKULASI ATAU ASASI? MANA SATU PILIHAN YANG BIJAK?









Promote UiTM sikit =p


Assalamualaikum

Haa keputusan SPM 2014 dah nak keluarkan? Mesti ramai yang dilema nak masuk mana, nak pilih mana kan kan?

Teruskan membaca, mungkin adik adik dapat ilham lepas baca blogpost ni.

Akak dulu masa lepas SPM pun dilema juga. Ramai kawan kawan nak masuk asasi, tak kesah la asasi UiTM ke, asasi UIAM ke, asasi UM ke, memang boleh dikatakan majoriti kawan kawan nak pilih asasi la. Akak rasa ragu ragu jugak. Nak pilih asasi ke matrik?

ASASI

Bila ditanya kawan kawan kenapa mereka memilih ASASI, jawapan yang biasa didengari sebab Asasi dah menjamin tempat dalam universiti la, asasi lagi senang nak masuk ijazah la dan lain lain.

Sebenarnya, memang asasi tu kau dah ada tempat di universiti tetapi, kalau keputusan asasi kau teruk, universiti yang kau belajar asasi tu pun taknak ambil kau sambung degree kat situ tau. Contohnya, akak ada seorang kawan dulu asasi UM, tapi tup tup dia tak dapat sambung ijazah dekat UM pun, sebab CGPA dia tak mencapai tahap UM. Dia pun masuk universiti lain untuk sambung ijazah.



Gambar hiasan kui3


MATRIKULASI

Perkara biasa yang kita dengar pasal matrikulasi ni, Matriks susah la, penat, kena rush kena kuat, tension la blablabla. Deknon oh deknon, belajar kat mana mana pun kena usaha kuat. Matrik ke Asasi ke semua kena belajar rajin rajin untuk dapatkan keputusan yang bagus. Kau ingat kau masuk asasi boleh rileks? Boleh berfoya foya? No way deknon ooi

Matriks sebenarnya okay je. Tak susah macam khabar angin senior korang khabarkan. Siapa malas dia rasa susah la kat matriks ni. Masa di matrik, kalau kau ikut flow belajar, InsyaAllah okay tau =)


PILIHAN AKAK

Akak dari sebelum SPM memang dah ada pilihan sendiri dah. Tapi lepas SPM survey survey jugak la kan kawan kawan pilih apa. Akak memang nak masuk MATRIKULASI pun sebab abang akak dulu matriks gak. Konon nak ikut abang la nih. kui3

Lagipun tengok abang akak okay je. Jadi kesimpulannya, belajar mana mana pun asalkan rajin usaha InsyaAllah akan okay.

Okay la deknon, jangan lupa solat istikharah :-*



MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX