09 May, 2014

5 JENIS SUSHI YANG ANDA WAJIB CUBA (FOR BEGINNER)


Aku ni peminat sushi. Bukan setakat sushi je tapi macam macam lagi makanan Jepun macam dorayaki,takoyaki,yakisoba,okonomiyaki dan yang sewaktu dengannya. Maklum la, feeling feeling orang Jepun sikit kan (Poyos)

Jadi hari ni aku nak suggestkan beberapa jenis sushi yang umph menjilat siku sedapnya. Tapi ni untuk mereka mereka yang belum pernah try sushi. Maklum la, orang selalu cakap tak berani makan sushi sebab mentah. Sebenanrnya tak semua mentah tau tau

1. CHUKA IDAKO

Chuka Idako ni actually sotong. Dia guna sotong punya anak. Sedap seyh. Dengan rasa juicy bila masuk mulut. Lagi lagi kalau makan dengan wasabi atau soy sauce.


2. INARI
Inari ni dari tauhu kot tak silap aku. Rasa manis manis dan sangat sedap! (Tanya aku semuanya sedap). Yang penting tak mentah so jangan takut mencuba =)


3. TOBIKO @ FISH ROE

Sebenarnya taktau ape nama sushi nih hehe. Tapi dia dari fish roe. Sedap sebab bila makan, akan ade rase bijik2 kecik masa kunyah. Best giler. Rasa ketagih haha


4. TUNA ROLL
Yang ni kategori roll sushi. Ada banyak jenis, ada nama California roll la, ape roll tah lagi wujud. Dalamnya ikan tuna + mayonis biasanya. Sedap jugak


5. TAMAGO
Yang kuning tu telur. Sedap tau yang ni. Kawan kawan aku yang tak reti makan sushi, bila bagi yang ni terus dorang sukaa. Rasa manis manis nyum nyum. 



Jangan takut mencuba bagi yang belum pernah makan sushi. Hidup ni tak boleh takut takut. Nanti rugi! 

Ciao Ciao

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX