25 April, 2014

KUAT MEKAP, KUAT BERGAYA TAPI HAMPEH


WARNING: Post mungkin akan terkena kat batang hidung korang so jangan marah marah ya aku hanya memyuarakan pendapat aku.


Ada banyak jenis jenis orang yang aku kurang berkenan sikit. Salah satu daripadanya, manusia yang suka mengharapkan sesuatu tanpa usaha contoh: mengharapkan soalan bocor untuk test/kuiz.

Lagi satu jenis yang aku menyampah, jenis remaja/young adult yang tak reti buat kerja sendiri, tapi suka menggedik. Contoh yang tepat: Suka selfie, ambik gambar diri sendiri sampai berpuluh puluh keping gambar sehari, edit guna camera 360, asyik asyik wechat, sikit sikit upload gambar kat instagram even gambar kena gigit serangga pun nak upload, menggedik sana sini tapi bila nak buat kerja, satu benda pun tak boleh. Sumpah macam hampeh.


*Make up tebal tebal, pakai foundation+bedak+eye shadow+ lipstick, pakai baju nak yang mahal, yang cantik yang bergaya TAPI nak compose email dan attach files untuk hantar dalam email pun tak reti.

*Selfie sampai beratus gambar, edit guna camera 360 supaya nampak gebu nak mampos, tapi nak guna Microsoft Word pun tak reti.

*Update moment setiap saat, post gambar banyak banyak kat insta tapi nak install/uninstall software pun tak reti.


Orang kata  Gen Y ni pandai teknologi? Hell no. Dorang ni tau teknologi berkaitan dengan bersosial, menggedik dan seangkatan dengannya. Ya aku pun Gen Y. dan aku tau ramai je Gen Y yang pandai teknologi kan kan. Tapi aku tengah bincangkan pasal remaja/young adult yang taknak improve diri ni. Aku tau, tak semua orang lahir lahir terus pandai guna email,internet,microsoft,install software,uninstall,adobe photoshop,dan segala benda benda yang canggih semua tu. Aku pun tak tau semua tu zaman zaman dulu tapi hey, aku belajar. Aku tanya abang dan ayah aku macammana nak buat itu ini. Semua orang boleh pandai kalau belajar kan.



Silap orang yang tak tau ni, dorang dah tau diri tak reti macam macam, tapi malas belajar, harapkan bantuan orang lain. Tau guna internet dan teknologi untuk benda benda yang tak bermanfaat. Benda lagha, benda yang melalaikan.

Cuba la belajar cara nak buat duit dengan internet ke, guna internet/teknologi yang ada sekarang ni untuk improve pelajaran je. Bantu orang yang memerlukan ke, bukan menggedik dengan gambar gambar muka kau berpuluh puluh keping sehari.

Tapi tu la, generasi sekarang ni memang pandai guna smartphone,segala social network tapi ke arah yang tak sepatutnya. Yes bukan semua yang hampeh tapi majoriti.

Ok dah habis dah membebel.

Sila email kepada adibahluawi@gmail.com kalau ada yang tak puas hati. Peace

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX