14 November, 2014

KEISTIMEWAAN UITM PULAU PINANG







Dah lebih sebulan tak update blog. Penat dan sibuk dengan kelas. Memandangkan aku belajar dekat Universiti Teknologi Mara (UITM) dah setahun lebih, jadi dah tiba masanya untuk aku publish satu post berkenaan UITM aku ni. Aku belajar dekat UITM Pulau Pinang.

Apa yang best kat UITM Pulau Pinang ni?

Kalau nak kata best giler macam universiti universiti lain Nampak benor nipunya. Tapi UITM Penang ni ada satu keistimewaan yang tersendiri. Yang bestnya, UITM Penang ni kecik je, tak besar macam UITM lain. Tak sebesar UITM Shah Alam, tak sebesar UITM Lendu dan lain lain universiti.

Kenapa kecik tu satu keistimewaan?

Boyfriend aku belajar kat UUM. UUM ni besar giler so setiap kali nak pergi kelas kena keluar awal, tunggu bas nak dekat 20 minit. Bas tak gerak gerak dan akhirnya sampai kelas lambat. Perkara yang sama berlaku kat university university lain yang besar besar.UITM Penang tak, saiz kecik je dan tak perlu tunggu bas nak pergi kelas. Jarak antara fakulti dan kolej sangat laaa dekat. Jalan kaki sat je 5 minit dah sampai. Kalau jalan laju laju boleh la sampai dalam 4 minit setengah. Jadi aku tak perlu keluar awal untuk pergi kelas, tak perlu buang masa tunggu bas. Lagi 10 atau 5 minit nak kelas baru gerak jalan kaki. Jalan pun boleh senang lenang sebab dekat giler.

Asrama kat UITM Penang ni pun best. Asrama perempuan la asrama lelaki tak tau. Budak degree duduk di Kolej Delima dan kolej ni ade 10 tingkat. Jangan risau lif pun ada. Takyah mendaki tangga banyak-banyak.

Keistimewaan lain?


UITM Penang di terletak di area Permatang Pauh dekat jugak dengan Seberang Jaya, Butterworth dan lain lain. Keluar ikut pintu belakang UITM boleh jalan kaki pergi Aeon Big, shopping mall best-best pun banyak. Jadi taklah susah nak cari apa apa barang. Senang cerita, UITM Penang sangat best. 

09 November, 2014

3 CARA MENABUNG DENGAN PANTAS DAN EFEKTIF


Nak kumpul duit memang susah kan? Lagi lagi bila ada online banking dan duitnya pun ada dalam bank tersebut. Mesti tangan tu laju je nak beli macam macam.

Jadi wujud la idea nak menabung secara offline gituu.



1. Wujudkan satu tabung duit syiling.

Kadang kadang orang malas nak guna duit syiling kan? Jadi simpan semua duit syiling dalam satu tabung. Bila dah penuh boleh tukar duit syiling tu jadi duit kertas. Macam aku sekarang ni fokus untuk menabung duit syiling 50 sen dan 20 sen. Dah banyak jugak la sedar tak sedar sebab hari hari masukkan sikit demi sikit. Ya memang di mata orang lain "eleh, setakat duit syiling jer" Duit syiling pun duit jugak okay. Kalau kumpul duit syiling sampai seratus, kan banyak tu. Contoh jelah

2. Asingkan tabung untuk shopping dan aktiviti lain.

Lagi satu masalah yang muncul bila menabung adalah nafsu. Bila duit tu dah nampak macam banyak sikit tangan kita ni gatal je nak ambik sikit buat belanja. Nanti mulalah keluar RM10 nak beli tu, konon nak ganti balik tapi takde maknanya. Jadi jalan penyelesaiannnya buat satu tabung untuk masa hadapan dan tabung untuk berbelanja. Bila ada duit, bahagi 2 untuk masukkan ke dalam tabung tabung ni.

3. Khususkan duit apa nak simpan.

Ada seorang kawan aku ni, dia simpan duit kertas yang baru baru je. Yang lurus dan fresh dari bank katekaw. Dia simpan duit baru tu dalam satu tempat khas dan dah cecah ribuan ringgit. Nampak tak gigihnya tu? Dan ada orang khususkan nak simpan duit kertas RM5 sahaja. Jadi bila ada duit RM5, diri dia secara automatik takkan guna duit tu sebab nak menabung. Aku pulak simpan duit seringgit baru, yang masih tegak tegak tu =)

Okay selamat menabung!

06 September, 2014

PETUA MENGHILANGKAN BAU BADAN (TANPA MENGGUNAKAN DEODORANT)



Selepas mengamalkan petua ni, saya langsung takde guna deodorant atau pun shower gel lagi. Tiada bau badan walaupun berpeluh, atau pun tak mandi sehari. 




Zaman sekarang ni terlalu banyak jenama deodorant di pasaraya, farmasi atau pun mana mana kedai. Banyak jenama deodorant mengaku boleh control bau badan selama 24 jam la, 12 jam la, takde peluh la tapi semua tu dusta!

Deodorant mengandungi bahan kimia yang akan menyebabkan ketiak hitam dan tidak balas peluh+deodorant akan membusukkan lagi bau badan kita!

Ya memang betul deodoran boleh control bau badan, tapi selepas 24 jam, badan kita ada bau yang lain macam akibat tidak balas bahan kimia.

Penggunaan gel mandian atau pun dikenali sebagai bath foam/shower gel pun akan menyebabkan bau badan sebenarnya. Ya memang showel gel antibacteria dan lain lain tu dapat menghilang kan bau badan, tapi hanya sementara! Lepas anda berpeluh bau badan akan kembali dan menjadi lebih masam sebab tindak balas kimia.

Secara jujurnya saya taktau la bahan kimia apa yang digunakan dalam deodorant dan shower gel tu. Tapi sekarang ni saya nak kongsi satu cara untuk hilangkan bau badan selama lamanya (ewahh) 

Cara Menghilangkan Bau Badan Tanpa Deodorant

- Mandi menggunakan limau kasturi/limau nipis. Bau badan kita ni terhasil daripada peluh dan juga bakteria2. Kandungan acid dalam limau tu akan menghapuskan bakteria sekaligus hilangkan bau badan!

- Guna sebijik limau ketika mandi dan perah air limau tu pada ketiak dan tempat2 lain seperti tengkuk dan badan. Nak guna 3 bijik pun boleh

- Saya dah cuba petua ni dan alhamdulillah berhasil. Sekarang saya tidak lagi menggunakan shower gel ataupun mana mana jenama deodorant. Hanya 2 biji limau setiap hari (sebab mandi 2 kali sehari). Bau badan langsung takde. Diulangi LANGSUNG takde walaupun saya dah berpeluh peluh bagai. Haa hebat tak penangan limau ni? Dah berpeluh pun takde bau badan. 



04 September, 2014

HANDBAGS MICHAEL KORS MURAH




Assalamualaikum ladies! Today I dah restock this beautiful MK handbags! Only RM70 each FREE POSTAGE SEMENANJUNG

WhatsApp/ Sms 0172745788 *No calls ya 








21 Facts About Me (Adibah)

Sebelum baca, adalah diingatkan fakta ni ditulis oleh Fazrin Jamal, best friend merangkap boyfriend merangkap apetah tak tau lagi. Bukan ditulis oleh pemilik blog ya

21 Fakta Mengenai Adibah (Diingatkan sekali lagi, ditulis oleh Fazrin)



1. Dia suka marah anak Ismail.
2. Dia obses dengan semua benda berkaitan jepun.
3. Dia kuat agama.
4. Dia selalu jawab phone lambat.
5. Dia fasih 3 bahasa - melayu, inggeris dan jepun.
6. Dia tak suka lelaki yang minat bola dan merokok.
7. Dia pelajar yang mendapat cgpa tertinggi daripada kira kira 70 lebih pelajar kursusnya.
8. Dia suka send mesej berjela jela sampai 3-4 kali. (Fazrin finds this annoying! haha)
9. Tunggang terbalik.
10. Dia dah couple dengan fazrin selama 3 tahun.
11. Dia sangat rajin berniaga.
12. Dia paling suka mengumpat kawan matriks dan universitinya dengan aku.
13. Ramai lelaki muka jambu suka dia. (Ini dustaaaa! Sorang je pun, which is my ex-bf)
14. Dia nak bela kucing bila dah kahwin dengan aku.
15. Dia duduk Labis.
16. Dia merendah diri dengan orang lain tapi bila dengan aku dia suka poyokan kejayaan kejayaan dia.
17. Dia tak pernah habis baca buku yang aku rekomen.
18. Dia tak suka judge orang.
19. Dia suka bercerita pasal anak buah dia, si ahmad.
20. Dia tersangat banyak tahu pasal komputer dan fazrin tersangat banyak tak tahu pasal komputer. Saling melengkapi.
21. Dia sayang fazrin sampai mati. (Bila masa tah aku cakap. Perasan!)



Written by:
Fazrin Jamal

01 September, 2014

Black Handbags

WhatsApp 0172745788 to order

28 August, 2014

REVIEW: ASUS ZENFONE 5


Assalamualaikum

Hari ni aku nak review sikit pasal handphone Asus Zenfone 5. Sepadan dengan namanya, Asus Zenfone 5 ni mempunyai screen bersaiz 5 inci.

Specialty Asus Zenfone 5 ni?



Apa yang special takde la aku perasan sangat. Sebab sama je macam phone lain. Cuma ram 2gb. Handphone murah tapi dapat ram 2gb.

Internal memory pulak 8gb. Sd card up to 64gb

Sepanjang aku pakai, asus ni okay la takde hang hang. Mungkin sebab handphone baru. Tapi yang bestnye screen dia macam iphone. Dan harga Asus jauh lebih murah dari handphone samsung dan sony tapi applications yang ada dalam Asus ni sama je macam samsung dan Sony. So kenapa nak beli haandphone mahal2 sedangkaan kita boleh dapat handphone yang sama kualiti pada harga rendah?

Tapi satu benda aku kurang suka, capacity bateri hanya 2110 mAh dan bila main game lama sikit bateri cepat habis. Tengah syok tekan tekan main farmville 2 bateri low pulak -.-

Overall aku rate Asus Zenfone 4 bintang.

23 August, 2014

KEMPISKAN PERUT DENGAN CARA MUDAH DAN MURAH


Memperkenalkan, produk baru dari Oscara Boutique!

Mini Slimming Corset

Ada 2 warna hitam dan nude. Mini Slimming Corset ni adalah gabungan high waist panties dan bengkung moden. Mempunyai cangkuk boleh selaras dibahagian hadapan dan boleh diselaras mengikut saiz yang anda mahukan! Muat dari pinggang 26 inci-40inci

RM16 sehelai.
RM30 2 helai.
Postage RM6 semenanjung
RM9 sabah/sarawak

Untuk pertanyaan lanjut atau order, boleh whasap 0172745788



13 August, 2014

3 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA GAGAL MEMASUKI UNIVERSITI


Assalamualaikum

Memandangkan bulan 9 nanti musim kembali ke universiti, jadi ramai la adik adik lepasan STPM dan lepasan Matrikulasi (hmm adik ke aku masih muda =p) bercerita di facebook pasal dorang dapat masuk UPM la, UTM la, UM la, UITM dan seangkatan dengannya. Tak kurang jugak ada yang berduka cita sebab tidak dapat masuk ke universiti.

Jangan risau!

Adik adik berada di blog yang betul.

Jangan gusar, jangan putus asa, jangan bunuh diri, jangan terjun empangan, jangan minum clorox, jangan minum nila. Universiti ni hanya langkah permulaan jer. Tak dapat masuk universiti tak bermakna kita gagal dalam hidup.




1. GET A JOB

Bila dah keluar keputusan UPU, dan anda tidak dapat apa yang diingini, tak dapat masuk universiti, jangan bersedih terlalu lama. Nak nangis boleh tapi jangan sampai 7 hati 7 malam. 2, 3 hari dah cukup. Lepas tu bangkit dan pergi la cari kerja kat memana. Kalau boleh kerja yang ada peluang untuk pergi lebih jauh. Akak cadangkan masuk la industry Food & Beverage, Hospitality dan Business. InsyaAllah boleh pergi jauh.

2. SET TARGET BARU

Kalau dulu target nak dapat ijazah, nak belajar sampai PHD tapi sekarang cuba letak target baru dalam hidup. Contoh: Nak jadi businessman yang berjaya. Atau nak jadi Manager Hotel ke? Kerja dulu, kumpul duit dan cuba lagi untuk masuk koleh/universiti. Peluang masih ada. Kalau minat dalam industry hospitality, ceburkan diri dalam bidang tu. Kadang kadang pengalaman lagi bagus dari teori. Kalau kita belajar kat universiti jurusan business, kita baru belajar secara teori sahaja. Tapi orang yang dah ceburkan diri dalam bidang business dapat belajar sekaligus merasai teori tu secara praktikal.



3. KUMPUL DUIT

Last sekali, kumpul duit, jadikan modal berniaga. Seriously, kalau kita tengok orang orang yang berjaya tu, kebanyakkan dari mereka bukan ada kelulusan tinggi. Ada yang tak habis sekolah, ada yang takat SPM je, tapi kecekalan dalam diri tu yang menjadikan mereka berjaya. Lagi satu, ramai mereka yang kaya raya ni sebab ada bisnes sendiri. Kalau jadi engineer, doctor, lecturer tu gaji memang la boleh tahan. Tapi masih belum boleh untuk jadi kaya giler giler. Sebab kerja makan gaji. Kalau nak banding dengan mereka mereka yang ada company sendiri.

Kalau kita kuat semangat, mulakan hidup baru, tak masuk Universiti pun boleh berjaya. Buktikan yang kau boleh lebih berjaya dari orang orang yang kecoh sebab dapat masuk universiti tu. dan kemudian balas jasa mak ayah.

Ok, selamat maju jaya

11 August, 2014

TRAGIS! SEMUA PENUMPANG MATI DALAM KEADAAN BOGEL!


Kejadian malang menimpa mereka-mereka ni.


Hehe terkena sudah~!

09 August, 2014

BERITA BAIK UNTUK PEMINAT HELLO KITTY!


Suka kumpul barangan Hello Kitty (HK)? Baju Hello Kitty, Cadar Hello Kitty, Phone Case Hello Kitty, bantal Hello Kitty, berus cuci jamban pun Hello Kitty? Anda berada di website yang betul sebab saya ada jual PERFUME HELLO KITTY yang murah + cute!

Original Hello Kitty Brand, tapi rejected perfume.

RM50 sebotol
RM90 untuk 2 botol

100ml

Hello Kitty (01) 100ml
Hello Kitty (02) 100ml

Untuk order, sms 0172745788

08 August, 2014

37 Sebab Mengapa Wanita Perlu Kekal Dara Sebelum Akad Nikah

Assalamualaikum. 

Ini adalah entri repost dari blog boyfriend aku. Entri asal boleh check kat sini ya --> Cakar Ayam

Aku ni bukanlah kuat agama sangat tetapi memandangkan isu zina ini berkaitan dengan perkara perkara yang termasuk dalam lingkungan minat aku iaitu kriminologi, islam, etika dan sosiologi serta sudah ramai orang yang rapat dengan aku seperti kawan, saudara mara dan jiran yang terlibat dengan gejala sosial yang tidak bermaruah ini, jadi aku berasa terpanggil untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar iaitu dengan berusaha mengurangkan kegiatan zina ini. Tetapi pada hari ini, penulisan aku akan hanya memfokuskan kepada golongan wanita. Di bawah ini aku senaraikan 37 perkara yang perlu wanita fikirkan masak masak jika terdetik kata hati ingin berzina. 




€ Ketika berzina

I) Zina adalah satu perbuatan yang mungkar yang menyebabkan engkau mendapat dosa besar. Allah murka dan engkau akan dimasukkan kedalam neraka. Sedap. 

II) Seiring dengan status zina yang merupakan satu perbuatan maksiat maka pelaku zina ini terpaksalah bersetubuh di dalam belukar, bangunan terbiar dan hutan. Sumpah, tak selesa! Pasangan yang halal berdua duaan di atas tilam empuk, engkau pula digigit nyamuk dalam kegelapan. Kena patuk ular baru tahu padan muka. 

III) Dan oleh kerana engkau takut terkantoi, maka terpaksalah buat cepat cepat. Orang lain buat sampai 30 minit, engkau pula setakat 5 minit sahaja. Tak terasa kenikmatannya. Lagi baik tunggu kahwin. Nak tunggang terbalik pun boleh. 

IV) Nama pun zina. Benda salah! Jadi ada kemungkinan engkau akan ditangkap. Engkau ingat sedap kena tangkap dan disoal pelbagai soalan menakutkan daripada pencegah maksiat tu? 

V) Bila dah ditangkap, terpaksa la bayar ribuan ringgit atau dipenjara. Menurut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, seseorang yang disabitkan bersalah berzina akan dikenakan ''...hukuman denda tidak melebihi RM3000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.'' Cuba engkau fikirkan, daripada engkau menghabiskan ribuan ringgit bayar pada kerajaan dan menghabiskan mara berharga mereput dalam penjara, lebih baik engkau gunakan duit itu untuk perkahwinan yang mudah dan halal. 

VI) Bila dah ditangkap, memang malu la dengan orang kampung. Mulut mereka pula caj Janda Anak Tujuh maka pandai pandailah engkau sumbat telinga tu dengan kuali Astro. 

VII) Seperti yang aku cakapkan tadi, orang yang berzina ni terpaksa bergesa gesa maka kekasaran kadangkala dilakukan si lelaki terhadap si perempuan. Sampai terkengkang kengkang perempuan tu berjalan. Buat apa sakitkan diri?

VIII) Yang lebih epik apabila Allah takdirkan 'adik' si lelaki melekat dalam saluran vagina engkau. Dalam istilah sains, ianya disebut sebagai Penis Captivus. Dalam sesetengah kes, pasangan yang melekat ini terpaksa dibawa ke hospital untuk dipisahkan walaupun 'adik' si lelaki tadi sudah mengecut. Tak malu ke dengan doktor dan jururawat yang ada disitu nanti? 



€ Selepas berzina 


IX) Percayalah kata aku wahai perempuan bahawa engkau tidak akan lena tidur malam kerana risau akan mengandung. Dan hal ini bukan untuk sehari dua saja tetapi kadangkala berlarutan sehingga dua tiga minggu. Semua kerja tak jadi sempurna kerana risau. Jadi, buat apa nak sakitkan kepala? 

X) Oleh kerana perangai pasangan engkau tak berapa senonoh, jadi besar kemungkinan dia mempunyai Sexually-Transmitted Diseases (STD) dan telah menyebarkannya kepada engkau ketika sedang gembira bermaksiat. Contoh contoh STD ini adalah seperti chlamydia, gonorrhoea, Genital warts, HIV, sifilis, vaginitis, human papillomavris dan trichomoniasis. Ketika aku menyelongkar internet untuk dijadikan bahan tulisan aku ini, aku terasa nak muntah tengok kemaluan perempuan yang dijangkiti penyakit penyakit yang disebutkan bernanah, berdarah dan berwarna hitam. Jijik sangat! Mesti busuk baunya. Engkau nak jadi macam itu? 

XI) Kadangkala bila lelaki itu dah dapat apa yang dia inginkan maka dia tinggalkan terus perempuan yang dia tiduri. Ala-ala one-night stand. Meranalah hidup engkau. 




€ Jika mengandung 

XII) Bila dah berbenih, maka engkau pun terpaksalah tipu mak bapak untuk mengelakkan tembelang pecah. Kalau aku jadi engkau pun aku buat macam tu agaknya. Menipu kononnya ada penyakit misteri lah, buatan orang lah, dikacau jinlah. Dan dapat lagi satu dosa : menipu. Semakin bertambah tempoh masa engkau di neraka. 

XIII) Kawan dekat tempat kerja, sekolah dan kawasan kejiranan pun mulalah mengata. Engkau tahu tahu sahajalah kan yang berita baik tentang kita orang tak ambil peduli tapi benda busuk tentang kita, satu dunia orang nak gemparkan. Bukan kita sahaja yang sakit hati, ahli keluarga pun sama terpalit malu dan kesedihan. 

XIV) Kalau yang bakal bergelar ibu itu budak sekolah, aku yakin 100% dia akan dibuang sekolah. Memalukan nama baik sekolah saja. Kehidupan pun makin bertambah malap bila pendidikan tiada. 

XV) Tapi itu kira okey lagi. Kalau dihantarnya budak itu ke sekolah budak jahat macam mana? Terseksa hidup tanpa orang yang tersayang seperti ahli keluarga dan sahabat rapat di waktu paling mencabar. Tak ada tempat untuk mengadu nasib. 

XVI) Kemungkinan besar kalau engkau beritahu si lelaki yang itu anak dia, dia tak akan mengaku. Dia akan kata, ''kalau engkau boleh tidur dengan aku tak mustahil engkau tidur dengan banyak jantan lain''. Terpaksa la engkau tanggung cacian seorang diri. Kalau aku jadi lelaki tu pun aku takkan mengaku agaknya kecuali ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dijalankan untuk membuktikan itu anak aku. 

XVII) Dan ada juga yang terfikir nak menggugurkan anak yang dikandung. Pemikiran salah ini kadang kala dizahirkan. Maka semakin berdosalah mereka.

XVIII) Perasaan sedih, kecewa dan tertekan kadangkala memaksa perempuan untuk membunuh diri. Maka, semakin bertambah dosa yang dilakukan. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi SAW maksudnya : ''Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal didalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada didalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama lamanya. (Hadis riwayat al-bukhari dan muslim) 





€ Semasa bayi luar nikah lahir 

XIX) Untuk mengelakkan orang ramai terutamanya ahli keluarga tahu yang benih disemai ingin menetas maka engkau terpaksalah beranak di dalam tandas atau semak. Mesti terseksa betul tak ada bidan yang membantu, ubat untuk digunakan dan orang tersayang disisi. Semasa bermaksiat gembira berdua, ketika melahirkan anak, berseorangan kesakitan. Sedihnya. 

XX) Ada pula tu emak bapak yang tak mengaku engkau sebagai anak mereka lepas apa yang terjadi. Lebih dramatik bila mereka campak kain baju engkau suruh engkau berambus. Dah lah tengah sakit, kena halau pula tu. 

XXI) Tapi itu tak sedramatik babak ayah engkau nak bunuh engkau guna parang. Cuba bayangkan kalau tak ada siapa pun yang nak tenangkan ayah kau? Pasal engkau dan pasangan engkau, ayah engkau bakal jadi pembunuh. 

XXII) Dan bila dah lahir anak engkau ini, makin banyaklah stok umpatan orang kampung. Mereka akan kutuk sampai engkau rasa tak nak keluar dari rumah sampai mati. 

XXIII) Dan bila dah tertekan sangat tahap menonggeng, itu yang jadi kes buang bayi tu. Dicampaknya bayi lemah tidak bermaya itu ke dalam longkang, tepi jalan dan tandas masjid. Dah dapat lagi satu dosa. Sepatutnya anugerah Allah itu dipelihara dengan baik. Bukan semua orang bernasib baik dikurniakan Allah dengan cahayamata. 

XXIV) Ada tiga kemungkinan terbesar yang mungkin berlaku terhadap bayi yang dibuang itu. Pertama, jika yang menjumpai bayi itu terlebih dahulu adalah binatang karnivor atau pembangkai seperti anjing atau biawak, maka ada kemungkinan sesetengah anggota badan bayi itu akan dimakan binatang binatang tersebut. Bau darah yang terdapat pada bayi yang baru lahir menarik kehadiran binatang binatang ini. Oleh sebab itu, kadang kala kita terdengar kes bayi dibuang dijumpai dengan tangan atau kakinya putus. Sedihnya dengar berita berita sebegitu. 

XXV) Kemungkinan kedua, ada orang yang akan jumpa anak engkau itu dan serahkannya kepada polis. InsyaAllah, selamat bayi itu. Yang tak selamat itu engkau. Kertas siasatan akan dibuka dan sudah pastilah engkau gelabah gila itik. Katakanlah Allah takdirkan engkau berjaya ditangkap kerana membuang bayi, mereputlah engkau dalam tu. Dan derita engkau tak berakhir disitu. Aku pernah terdengar orang kata kononnya penjenayah yang dihukum kerana melakukan perbuatan keji terhadap kanak kanak seperti rogol atau liwat budak, dera dan buang bayi ini mendapat 'layanan istimewa' daripada banduan banduan lain. Mesti engkau tak sabar sabar kan? 

XXVI) Dan kemungkinan ketiga, orang bukan islam yang jumpa budak itu dan dibesarkannya mengikut cara hidup orang kafir. Hancur musnah iman budak itu. Engkau sebagai ibu sedikit sebanyak bersalah terhadap cara hidup yang anak engkau lalui sekarang. 

XXVII) Setahun dua lepas, berita tentang gejala bayi ni amat popular di media. Malahan, media antarabangsa juga melaporkan tentang gejala buang bayi di Malaysia. Orang bukan islam pun mulalah pandang hina pada kita sedangkan selama ini orang melayu selalu berlagak kononnya merekalah yang paling berbudi bahasa, bersopan santun, berpekerti mulia. 

XXVIII) Kalau engkau tanam anak engkau yang telah mati kerana sebab sebab tertentu tanpa pengetahuan pihak berkuasa, engkau boleh didakwa kerana menyembunyikan kelahiran dan menyembunyikan kematian. Jika engkau tanam anak engkau hidup hidup (neonaticide), bukan sahaja engkau boleh didakwa dengan kedua dua pertuduhan yang telah dinyatakan diatas, malahan engkau boleh didakwa mengikut Akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan sengaja dan mempunyai niat. Dalam kedua dua senario, engkau akan menerima hukuman yang amat berat. Rasakan... 

XXIX) Tapi perkara yang paling menyedihkan bagi engkau adalah hakikat bahawa engkau tidak lagi mempunyai peluang untuk membela, membelai, menyusukan, menemani anak yang engkau kandung dalam perut menteneng selama 9 bulan. Semestinya engkau akan berasa sedih, bersalah, menyesal dan asyik menangis ketika memikirkan. 







€ Ketika anak itu membesar 

XXX) Dalam kes bapa dia lari dan engkau membesarkan anak itu seorang diri, sudah tentu anak itu akan rindu dekat ayahnya dan ingin belaian manja ayahnya. Dia akan asyik bertanya kepada engkau tentang ayahnya, dimana dia berada dan sebagainya sampai engkau tak tahu nak bagi alasan apa lagi pada anak engkau. 

XXXI) Oleh kerana budak sekolah sekarang ni mulut tahap makan penyepak dan selalu pasang telinga ketika emak emak ada perjumpaan mengumpat maka mereka pun tahulah rahsia hitam anak engkau. Anak engkau akan diejek 'anak haram', 'emak kau perempuan murahan' dan sebagainya. Semakin sakit hati dan sedihlah hati anak itu yang sedia ada hancur. 

XXXII) Engkau pun sakit hatilah tengok anak engkau yang tak berdosa diperlakukan sebegitu rupa sedangkan yang bersalah adalah engkau dan bekas pasangan engkau. 

XXXIII) Anak anak ini apabila sakit hati, dia tidak akan melepaskan kebencian itu pada kawan kawannya itu. Sebaliknya, dia akan melepaskan kebencian pada engkau yang dianggapnya sebagai punca kepada segala perkara buruk yang berlaku pada dirinya. Jangan terperanjat jika anak sendiri panggil engkau sebagai 'perempuan jalang' atau 'pelacur'. 

XXXIV) Anak mula memberontak, tak belajar, bertumbuk dan berkawan dengan budak budak bermasalah. 

XXXV) Kadangkala kegiatan zina ini macam menjadi satu kitaran. Aku kenal satu keluarga ni (aku tak payah cakap siapa dan engkau tak perlu ambil tahu hal orang) dimana emaknya dulu pernah berzina. Sekarang ni, ketiga tiga anak perempuan dia pun berzina dan melahirkan anak luar nikah. Ini bukan berita bohong ya. Sesiapa yang rapat dengan keluarga aku kenallah siapa yang aku maksudkan ni. Persoalan yang timbul disini, adakah engkau mahu tindakan zina engkau ini dicontohi anak anak engkau, cucu cicit engkau dan warisan engkau yang seterusnya? 



€ Semasa nak kahwin (jika lelaki yang engkau ingin kahwin adalah lelaki lain, engkau pula tiada anak dan dia beranggapan engkau masih dara) 


XXXVI) Dimalam pertama, apabila si lelaki perasan yang engkau tidak berdarah maka tahulah dia bahawa dara engkau telah dipecahkan lelaki lain. Pecah tembelang sudah. Bergaduhlah nampaknya. 

XXXVII) Yang lagi teruk jika si suami ceraikan engkau malam itu juga kerana berasa tertipu. Alangkah sedihnya. Tak sempat pergi Pulau Jeju untuk bulan madu. 

Nota : 

1) Bukan semua yang aku senaraikan disini akan berlaku pada perempuan yang berzina. Tetapi selamat bagi aku katakan bahawa sekurang kurangnya 5 daripada 37 perkara ini akan berlaku pada mereka. 

2. Aku memfokuskan post ini kepada golongan wanita bukan kerana aku merasakan perempuan yang bersalah atau menggatal. Sebab sebab yang sebenar adalah :- 
i) Dalam kebanyakan hal ini, lelaki diklasifikasikan sebagai golongan penipu manakala perempuan adalah golongan yang ditipu. Lebih baik mengingatkan orang yang mudah tertipu. 
ii) Perempuan menerima lebih banyak kesan berbanding lelaki. Merekalah yang mengandung, sakit, selalu dicerca dan sebagainya. Aku tak ada banyak idea nak ditulis pasal lelaki. 
iii) Perempuan lebih minat membaca berbanding lelaki. 

3. Aku tak masukkan huraian huraian undang undang dan saintifik dalam blog post sepertimana yang aku selalu buat dalam nota facebook aku sebab engkau bukan minat pun aku berfakta sangat. Lagipun susahlah nak terangkan dalam bahasa Melayu benda yang aku belajar dalam bahasa Inggeris. Kalau tulis dalam dwibahasa pula nampak serabai. 

4. Kepada mana mana blog yang ingin menyalin artikel ini, mohon kredit diberikan kepada blog Cakar Ayam

Ditulis oleh, 


Fazrin Jamal

21 July, 2014

3 Tips Kurus dengan Cepat dan Tidak Merbahaya


Yeahh saya dah turun 5 kg dalam masa seminggu. Tips nya mudah aje. Cuma kena istiqamah la. Jangan mengelat.




1. Perkenalkan Makanan Sihat pada badan anda.

No Fast food. No Carbonated drinks. No ice cream dan segala makanan berkalori tinggi. Dalam kes saya, saya langsung tak makan nasi dalam masa seminggu. Cuma makan sayur, ayam (grilled/rebus/bakar), ikan dan lain lain makanan yang kurang kolestrol dan kalori. Minum air putih sebanyak mungkin. Jangan minum air gas/ segala air manis.

2. Bersenam dengan riang gembira

Cara mudah untuk bersenam tanpa rasa terbeban, anda boleh bukak lagu korea yang rancak rancak dan berjogetlah ala ala senamrobik. Kalau lebih rajin boleh buat sit up sebanyak 100 kali sehari. Ataupun paling senang window shopping (tanpa makan) selama 3 jam. Serious, window shopping tanpa berhenti makan boleh bakar banyak kalori jugak.

3. Letak Target

Setkan target anda. Nak capai berapa kilo dalam masa berapa lama. Contohnya, dari 70kg nak capai 60 kg dalam masa 3 minggu. Jadi usahakan la untuk capai target tu. Kalau saya, saya ada beli seluar jeans saiz lebih kecik dari saiz sekarang. Jadi target saya kena kuruskan badan sampai boleh muat pakai seluar jeans tu. Nak tak nak saya kena usaha sebab kalau tak, saya sendiri yang akan rugi. Rugi woi seluar cun tak dapat pakai. sob sob

Jadi, semoga berjaya capai target anda. Semua orang boleh!

P.s: makanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat adalah penyebab utama kegemukkan


17 July, 2014

TOP 10 MUST WATCH ANIME (LATEST RANKING)




By Diba chan

This ranking is not official since it’s my personal opinion.

10. Soul Eater
Storyline untuk Soul Eater okay la, tapi memandangkan aku ni suka anime/mangan yang lawan lawan, aku suka tengok Soul Eater ni. Dan cerita ni jugak ada banyak lawak lawak sesuai sangat la dengan citarasa aku. Karakter untuk anime ni cantik la bagi aku. Berbaloi la kalau tengok. Tak rasa menyesal.

9. Death Note
Aku minat cerita aksi dan cerita cinta. Kalau aksi tu nak yang banyak gaduh dan kalau cerita cinta aku nak yang sedih boleh bagi aku nangis giler giler. Death Note ni takde lawan lawan dan takde cintan cintun, tapi aku suka gak sebab anime ni banyak lawan minda gitu. Orang bijak bijak punya cerita.

8. Vampire Knight
Hmmm I’m not so into Vampire sebab akan mengingatkan aku kepada Twilight series yang tak berapa nak best. Tapi memandangkan jalan cerita vampire Knight ni best, aku tengok la. Tapi karakter dia tak cantik. Baca manga dia pun lukisan selekeh. Tapi habiskan jugak tengok dan baca haha

7. Code Geass
Lagi satu cerita orang bijak bijak. Cerita pasal Jepun dijajah Britain. Jalan cerita sangat unik dan complicated memandangkan watak utama cerita ni bijak. Jadi kita yang tengok ni pun terpaksa la membijakkan diri kalau tak, tak faham kang, lolz



6. Lovely Complex
Haaa ni best. Cerita pasal perempuan tinggi jatuh cinta kat lelaki pendek. Lelaki tu mati mati taknak bercinta dengan perempuan yang lagi tinggi dari dia dan perempuan tu mati mati taknak bercinta dengan lelaki yang lagi pendek dari dia tapi dah jatuh cinta gak, nak buat camne kan. Perempuan tu 172cm dan lelaki tu 156cm. Watak lelaki dalam cerita ni sangat comel okay!





5. Eyeshield 21
Cerita pasal American Football. Aku yang dari tak minat suka ni terus suka kat American Football lepas tengok anime dan baca manga ni. Watak utama nya pendek, penakut dan lembik tapi join American Football.


Vongola Family

4. Katekyo Hitman Reborn
Lelaki lembik, tak bijak, penakut dan lain lain dilatih oleh budak kecik 5 tahun untuk jadi boss mafia. Jalan cerita menarik dan penuh dengan humor. I like ittt

3. Bleach
Awww my top 3 favorite! Jalan cerita best walaupun complicated, watak  watak dilukis dengan hensemnya. Banyak lawan lawan dan sangat menepati citarasa aku. Tapi kat pertengahan cerita ni macam bosan sikit. Manga dia masih belum habis.

2. Fairy Tail
Seriously, dulu aku tak minat Fairy Tail sebab watak perempuan dia lembik semacam (Lucy). Tapi bila dah tengok lama lama perempuan tu makin kuat dan cerita ni banyak pasal friendship dan banyak buat aku menangis. Lawan lawan dan humor dalam anime ni sangat best!

1. Naruto
1001 sebab aku minat anime ni. Dari aku 10 tahun kot aku tengok naruto, baca naruto. Jalan cerita berbelit belit dan banyak sangat konflik tapi aku suka! Banyak lawan lawan tu penting.



12 June, 2014

Senarai Barang Yang Perlu Dibawa Ke Universiti [Repost and Updated]


Hi all,

Ini  adalah entry blog lama aku. Aku repost dan update memandangkan sekarang ni musim nak masuk Universiti bagi adik adik hihi

So since I've been living in UITM Pulau Pinang since last year (September 2013), I'm thinking of listing some things to prepare before entering your University life wahai adik adik.

Here's my to do lists and stuffs.

This lists is based on my 6 years experiences living away from my family (5 years high school and 1 year matriculation) and it only applicable to girls only since I'm a girl bebeh.


SENARAI KEPERLUAN BARANG

PAKAIAN

-Lots of baju kurung (Doesn't matter if it kurung moden ka,johor ka atau whatever. Tapi jangan la bawak    banyak sangat sampai 30 pasang aiyo. 7-10 cukup)
-Barang barang dalaman dan pakaian dalaman wanita (inner,undergarments,anak tudung etc)
-Tshirt (lengan panjang dan pendek)
-Track bottom,slack,jeans,palazzo etc (seluar la maksud aku. Tak termasuk seluar dalam kay)
-Kain batik
-Stokin dan handsocks
-Accessories (ikat rambut,hairpins,hairband,headband etc)
-Tudung

BARANG BARANG

-Kasut
-Bags,handbags etc
-Selipar jepun atau german
-Sandal
-Kasut sukan

PENJAGAAN DIRI

-Shower gel,syampu,pencuci muka,sponge,conditioner,serum
-Tooth paste dan toothbrush
-Bedak
-Deodorant
-Sikat
-Nail clipper
-Cotton bud
-Moisturizer,toner,bb cream,mask,lip balm etc
-Losyen
-Ubat gatal (ni aku je bawak korang takyah)
-Tuala Mandi (at least 2)
-Girls related things (Sanitary pads,etc)

LAUNDRY

-Sabun basuh baju
-Hanger
-Sepit baju
-Berus
-Bakul (Boleh lipat)
-Baldi gayung

ALAT TULIS

-Pen,pencils
-scissors
-stapler
-A4 paper and foolscap paper
-Fail dokumen
-paper clips
-Pencil case

AGAMA-RELATED

-Telekung
-Sejadah
-Al Quran/Yassin/Al Mathurat

BARANGAN BILIK

-Cadar,selimut,sarung bantal
-Kain buruk
-Surat khabar lama
-Mangga locker
-Cermin (Tak penting pun)


For your information, for those yang masuk UITM, tak perlu la pening pening fikir baju kurung tak cukup. Sebab UITM boleh pergi kelas pakai blouse, kemeja, tshirt dan yang sewaktu dengannya. Cuma ada sesetengah Universiti yang pergi kelas wajib pakai baju kurung.

Dah lah, kalau pikir lagi nanti bertambah banyak lak. Will update soon kalau ada benda nak tambah. Bye!


Gambar Datins. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX