03 December, 2013

My Boyfriend- Fazrin

<3
Today I would like to talk about my boyfriend a.k.a. my future husband hehe

Umur dia, 21 tahun. Hobi dia baca novel/buku/artikel. Dia ni memang kuat membaca ah. Sampaikan kadang kadang aku rasa dia sayang novel dia lebih dari sayang aku sobsob

Memandangkan aku jarang jumpa lelaki kaki novel, terutama novel english so aku rasa dia ni unik. Bermula dari novel la aku start suka kat dia. Masa tu nama facebook dia "Jgn add aq" aku yang degil ni lagilah nak add bila namanya pelik pelik camtu.

The reason why aku cari boyfriend lagi tua dari aku (I'm 19) sebab aku berpendapat lelaki lagi tua ni lebih matang =) Tapi hakikatnya, isk isk lebih kurang sama je lol. Tapi fazrin still better than other guys yang aku pernah kenal sebab dia jenis yang sempoi, rileks dan dan.. baik!

Tapi kan, dia ada penyakit was was yang berlebihan. Suka risau tak tentu pasal lagi lagi masa nak naik bas. Dia kata, dia datang awal giler sebab takut tertinggal bas. Pastu dia mesti pergi confirmkan lagi sekali kat kaunter yang dia beli tiket tu. Dia nak confirmkan yang bas tu platform nombor berapa, padahal orang yang jual tu dah bagitau masa beli tiket tu. Lucu lucu je dia ni.

Dia kadang kadang menyakitkan hati sebab sikit sikit nak marah. Aku rasa aku tak buat salah pun kena marah. Perkara kecil pun kadang kadang dia marah. Hmm part yang ni aku lemah sikit la. Aku ni dah la tak suka kena marah, nanti mulalah nak menangis lol.

Tapi tapi, dia ni sweet sangat. Suka buat macam macam yang buat aku rasa terharu. Bila dah sampai angin sweet dia tu, aku nak marah pasal yang dia marah aku tu pun tak jadi teehee

Sepanjang aku kenal dia, dia memang tak perfect yela mana ada orang perfect. Tapi entah la, dah aku suka dia nak buat macammana kan?

I don't need a reason to love Fazrin =)

Ich liebe dich, Fazrin

* Before I noticed, I fell in love with him

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX