28 November, 2013

SERVIS PENGHANTARAN YANG MACAM HARAM


Dah seminggu aku menyepi tapi kali ni aku nak update blog sebab sakit hati dengan servis SKYNET. Diulangi SKYNET!

Konon Worldwide Express. Kepala hotak dia


Aku ni buat bisnes online.. Tapi bukan la aku ada simpan stok ke apa, aku just jadi agen je.. so semua barang supplier aku la yang pos. Biasanya supplier aku ni guna poslaju, tapi kadang kadang guna SKYNET.

Nak dijadikan cerita, dah 2 kali SKYNET ni buat hal tau. Pertama kali tahun lepas, masa aku mula mula start bisnes ni. Ada sorang customer dari Melaka nak beli beg. beg tu boleh tahan la cantik dan harganya. Lepas dah pos guna SKYNET, barang tu tak sampai sampai walaupun dah 3 hari. Biasanya SKYNET dengan poslaju sehari dua dah sampai kan? Pastu pihak skynet tu call cakap kita bagi alamat salah. Eh lahai, apa ke bodohnya. Dah tentu tu rumah customer aku, takkan la boleh salah alamat rumah sendiri kan? Pastu dia kata alamat tu tak wujud.

Sebenarnya dia taktau aku rasa, pastu nak berdalih dalih lak. Aku perasan SKYNET ni dia macam pemalas tau tak, cari alamat tak sungguh2. Pastu nak cakap alamat tu tak wujud. Macam bangang jer.

Masalah ke dua lak terjadi minggu lepas. 22 november tu barang out for delivery, pastu bila dah sampai kat customer aku, dia dah tandatangan tetiba driver SKYNET tu cakap barang tertinggal. Macam bangang jer servis. Poslaju tak pernah sekali pun tertinggal barang kalau aku order barang online. Dah berpuluh kali aku guna poslaju alhamdulillah ok je. Pastu dia kata nak hantar brang tu keesokan hari. Customer aku pun tunggu la, sekali tak datang datang. Next week nya, 25 november, dia call skynet. Dorang bagi alasan lori rosak. Takkan la miskin beno SKYNET ni ada satu lori je ke??

Tunggu punya tunggu hari ni, 28 november baru dapat barangnya.

Sumpah lepas ni aku taknak guna SKYNET lagi. Servis teruk, kalau call customer service dia pun macam tak mesra alam. Suara nak marah marah je. Sepatutnya kita yang marah sebab kita ni yang jadi mangsa. Macam bangang jela hai

Lepas ni boikot SKYNET

5 comments:

Akeyla Azmi said...

Eiii yeke? Kesian akak. Sabar ye? <3

Medical Health Treatment said...

Bersabarlah wahai kawan...mungkin mereka teralalu sibuk dengan pekerjaannya, sehingga tidak ramah terhadap costumer

Heart Cardiology said...

assalamualaikum...
servis yang kurang ramah terhadap costumer membuat turunnya kepercayaan costumer sehingga menganggap "haram"

NorAdibah Chan said...

rasenya poslaju lagi sibuk kot.. tapi dorg ramah je :) hehe

Atiah Sofea said...

bertuahla dapat dalam masa 6 hari barang.. aku beli kat lazada... 2 minggu x dapat lagi..guna skynet la..la malas dah nak beli guna lazada...mangkuk tingkat...p guna skynet buat apa...

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX