18 October, 2013

Manusia yang bersifat hasat dengki


Assalamualaikum



Hari ni aku rasa geram sangat dengan sorang minah ni. Aku kan ada buat bisnes online, Oscara Boutique dengan jumlah likes 1.7k ++ Tak famous pun macam online butik yang lain dan aku bisnes online ni saje saje je. Part time. Sambil aku study aku buat la bisnes dari aku duduk main facebook tak dapat duit kan?

Petang tadi, aku share la gambar seluar palazzo yang aku jual. Harga RM30. Material kain lycra. Bukan lycra yang melekap kat badan tu ye. Yang melekap kat badan tu lycra murah hehe.

Lepas tu ada sorang hamba Allah ni komen, "Saya beli baru RM25"

Sakitnya hati aku. Ramai kot yang nampak komen tu. Dan secara tak langsung orang akan fikir yg butik aku ni mahal. Yang aku geramnya, apa motif dia buat macamtu? Kalau kau dah dapat beli murah tu lantak kau la. Aku jual pun bukannya aku paksa semua orang beli. Siapa rasa RM30 tu okay, nak beli belilah! Banyak lagi website lain yaang jual RM40-RM60 tau seluar palazzo.

Material kain kan berbeza. Kau beli kat pasar malam memang la murah sengal. Aku pun penah beli palazzo murah RM15. Dan kain dia mudah berbulu! Yang aku jual ni kualiti kainnya ok. Bukan macam aku beli kat uptown tuh! Aku jual RM30 tu kalau ada customer nak beli Alhamdulillah, rezeki aku. Tapi kalau kau taknak beli tolong la jangan hasut orang lain supaya jangan beli dan tolong la jangan burukkan online butik aku. Adoyai. Dekat facebook kau post islamik bagai tapi perangai entah apa. Hipokrit.

Jangan la kacau perniagaan orang lain. Kesabaran aku ada batasnya

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX