18 July, 2013

SOLAT 5 RAKAAT?




Gambar masa aku kecik. Rambut tempurung kelapa


Hari ni kita stop cerita dan iklan pasal bisnes. Aku nak cerita satu cerita. Aku start belajar solat lebih kurang 14 tahun lalu, masa umur aku 5 tahun la kan. Masa tu kecik lagi jadi takde la aku  pandai baca Al Fatihah atau surah-surah. Aku cuma belajar pergerakan dalam solat. Nak dijadikan cerita. aku dah tak ingat sangat dah memori masa kecik kecik dulu, tapi mak aku rajin cerita balik kat aku.

Mak aku cakap, masa kecik kecik aku selalu ikut ayah atau mak aku sembahyang. Tapi kalau aku terlepas,dorang dah solat dan aku tak dapat ikut,aku akan menangis gila gila sebab tak dapat ikut sembahyang. Padahal bukan sembahyang betul pun. Ikut ikut je

Disebabkan taktau sangat solat, aku pun selalu terlebih rakaat. Yang 4 rakaat jadi 5 rakaat. Masa tu abang aku umur 11 tahun dah tau la sembahyang yang betul kan. Dia pun cakap la kat aku

"Diba sembahyang 5 rakaat la. Terlebih satu."

Aku pulak balas dengan selambanya

"Potong satu rakaat" Sambil buat gaya potong.

Tak boleh blah giler bila mak aku cerita balik. Macam sengal sengal je masa kecik dulu. Ingat boleh main potong potong sesuka hati. Hehe

Tu je nak share =)

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX