22 July, 2013

Cara Menghilangkan Blackhead/Whitehead



Hai. Hari ni bukan pengiklanan ke apa ea. Just nak buat product review. Gadis,wanita,jejaka,mak,ayah,akak,adik,abang,atok,nenek kat luar sana tu mesti ada masalah blackhead atau whitehead kan? Ala yang minyak minyak terkumpul dalam liang roma tu. Yang buat kulit muka kita macam berduri dan gerutu tuh. haa aku sebagai seorang kanak kanak berusia 19 tahun pun ada tau mend alah tu. Tapi dekat aku whitehead. Biasa orang suka picit hidung untuk keluarkan benda tu. Jangan! Tak elok picit picit hidung ni



okay dulu,aku pakai node strip brand biore. Effective la jugak,bila tarik nose strip tu nampak banyak minyak melekat dekat nose strip tu dan hidung pun rasa licin je. Dah takde duri duri. Tapi lama lama aku rase tak puas hati, aku nak kasi licin satu muka.





Last sunday aku dengan abang aku dan kakak ipar aku pergi mall,lepas tu ada satu kedai "Cathy Doll". Aku pun masuk ar. Sebab kedai dia macam menarik. Pompang pompang,aku pun terbeli whitehead clay mask dengan harga RM9.90 satu sachet. satu pack tu boleh pakai beberapa kali sebab die banyak. So aku kongsi la dengan family aku. hehek

Seriously best giler! Kalau pakai mask garnier macam takde effect. Biore nose strip biasa biasa je. Tapi bila pakai brand cathy doll ni, memang superb! bawah mulut,area dagu,pipi,hidung semua jadi licin! Dan banyakkkk sangat minyak minyak yang menjijikan melekat dekat mask tu. Mask ni dalam bentuk cecair, bila dah kering boleh kopek dengan senangnya.

So jangan lupa try! Cathy Doll =)

P/s: Cathy doll ni brand dari korea. Kalau nak kulit macam Song Ji Hyo boleh la try
P/s/s: Blackhead atau whitehead korang tu hilang untuk sementara je tau, bukan selama lamanya. 4-5 hari ada la balik. Dah namanya minyak kat muka kompem la datang balik

Ok bye bye-cycle

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX