04 June, 2013

Tips Menduduki Peperiksaan MUET (Malaysian University English Test)




Haa hari ni aku nak berkongsi sedikit tips untuk sesiapa yang nak menduduki peperiksaan MUET.

Bagi yang nak sambung degree dalam course yang best best mesti la nak dapat band yang bagus kan?
Biasanya kalau course yang ada kaitan dengan English dorang nak band 4 sebagai syarat minimum untuk masuk course tu.




Aku amik MUET last year,2012. Alhamdulillah resultnya okay so boleh la aku poyo poyo tulis tips MUET kat blog. Hehe (macam gampang)

So ni langkah langkah yang patut dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan band yang memuaskan dalam MUET. Rubber band pon bolehh

Bagi yang English dia memang teruk nak mampus, kira yang memang tak minat+tak reti+hampeh la dalam English. Jangan risau, anda boleh mula dari bawah. Tapi jangan la start seminggu sebelum MUET memang takde la hasilnya. Start la awal awal.

1.       Baca artikel artikel English kat internet. Baca topic yang korang minat. Kalau baca topic ilmiah takut korang tertidur lak. Baca la gossip gossip artis omputih. Nanti lama lama korang akan biasa dengan English.
2.       Bila dah biasa dengan English, dengar lagu omputih lak. Kalau kau tak paham dia cakap apa, dengar banyak banyak kali. Lagi satu, jangan malas nak bukak kamus kalau tak paham certain perkataan. Kalau malas, band 2 pon kau jangan mimpi la nak dapat. Dengar lagu English ni bagus gak sebab nanti ada paper listening kan dalam MUET.

3.       Lepas tu korang upgrade lak usaha korang. Start baca artikel yang susah-susah yang wujud kat internet tu. Baca The Star, New Strait Times okay gak. Sebab dalam paper reading MUET, dorang selalu amik petikan dalam artikel suratkhabar tu.

4.       Baca short novel macam MR Midnight, Goosebumps, novel novel pendek untuk kanak kanak riang tuh. Aku tau, kalau yang memang tak minat English tu baca novel pendek pun memang susah nak paham ye dak? Paksa diri baru boleh Berjaya. Muehehe (asal macam gampang aku nih)

5.       Upgrade lagi dengan start membaca novel novel bi yang sebenar. Yang page 100++. Kau jangan la asyik baca novel melayu jek. Bosan. Tak habis habis kawin kontrak. Kawin paksa, tangkap basah ah bosan. Baca novel cinta bi lak. Confirm best.

6.       Pastu lama lama korang dah rasa okay dengan bi, insyaAllah nanti MUET pon okay.
7.       Untuk speaking lak, masa paper speaking MUET, kau bebel jelah apa apa patut. Lintang pukang grammar pun boleh. Asalkan kau tak diam membisu masa speaking. Kalau kau diam nanti mesti kelihatan bodoh (maaf kasar) jadi beranikan diri dan cakap je apa apa yang berkaitan dengan topic. Sebab tu kena banyak membaca =)
Contoh slip result muet




Untuk yang dah memang power, takyah tips la kan sebab ko dah memang power. Muehehe
Korang baca jelah novel novel tebal yang banyak perkataan susah tu. Biar gempak sikit nanti boleh la dapat band 5/ band 6.

Dulu dulu, English aku pun hampeh. Masa darjah enam kemain la benci English. Aku selalu dapat 4A 1B sebab kantoi kat bi. Lepas tu cikgu bi aku buat kelas intensif and then dia paksa aku masuk pertandingan menulis essay bi. Aku pun goreng punya goreng dapat la nombor 2. Peringkat daerah je la tapinya. Pastu aku pun mula la terdetik, hmm takde la bodoh sangat bi aku ni. Boleh je Cuma aku pemalas. And then terus rajin Alhamdulillah masa upsr tak kantoi bi. Dah masuk sekolah menengah aku dah start baca novel bi semua so aku dah takde masalah dalam bi. Grammar la problem sikit. Haha


So bagi sesiapa nak start usaha untuk MUET, ingatlah kejayaan bermula dari bawah. Jangan malas malas!


No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX