08 June, 2013

Info Berkenaan Kursus Accounting


Okay then, sebagai permulaan aku nak share sikit pasal accounting. Aku share yang basic basic je so kalau nak further information pasal accounting sila pergi tanya orang yang lebih mengetahui. hehe

Yang aku tau lah, accounting ada dua jenis course. First, Forensic accounting, second, Management Accounting.

Forensic Accounting
-Course ni adalah kombinasi accounting,auditing and investigating. So jadilah forensic accounting.

Apa yang korang akan belajar?
-Awal-awal korang akan belajar accounting macam biasa, tapi bila dah masuk final year baru belajar pasal investigation technique,risiko dan ethics. Aku pun taktau apa kena mengena investigation dengan accounting. Macam polis lak rasanya

Core Subjects
-Accounting subjects etc
-Auditing
-Forensic accounting
-internal auditing
-Conflict management
-Quantitative Analysis
-E-business systems
-Decision analysis with spreadsheet

*Lain universiti lain subjek sikit. Mungkin ada universiti yang buat penambahan subjek

Tempoh Masa
-Biasanya Forensic accountiing mengambil masa 3 tahun atau lebih untuk dihabiskan. Normally 3 tahun

Students yang nak amik course ni biasanya kena ada grade yang bagus dalam mathematics. Orang yang dah ada basic account,business dengan economics lagi bagus. Senang la kan dah ada basic

Peluang Pekerjaan
-Boleh kerja dengan agensi kerajaan, Law firms,accounting firms etc




Management Accounting
-Course ni pasal financial management, pengurusan sumber,decision making, buat financial reports, cukai dan sebagainya

Apa yang korang akan belajar?
-Korang akan belajar macam mana nak buat analisis kos,financial reports, analisis kontrak baru, cara kontrol  kewangan

Core subjects
-Auditing
-Company Law
-Cost Accounting
-Economics(macro dan micro)
-Financial Accounting
-Management Accounting
-Management Information systems
-Quantitative methods
-Taxation

Tempoh Masa Belajar
-Biasanya 3-4 tahun untuk habiskan degree dalam bidang ni

Macam tadi jugak, students yang nak belajar course ni kena ada grade yang bagus dalam mathematics

Peluang Pekerjaan
-Boleh kerja dekat bank, mana mana syarikat industri dan banyak lagi. Seriously bidang pekrjaan untuk course accounting yang ni memang banyak,tak larat aku nak taip satu satu sebab banyak sangat

Post Scriptum:
Kalau ada apa apa info yang salah ditulis kat blog ni, jangan cari aku lak,aku tak berdosa. Jangan marah aku ea,kbye



No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX