18 May, 2013

FAQ: ASASI DAN MATRIKULASI

WARNING: Ni cuma pendapat aku. Kalau kau tak suka boleh la tekan pangkah kat tepi tu ye. Aku taknak ada orang meroyan maki maki aku nanti. Thanks =)



Assalamualaikum

Teehee (pengaruh Ryan) Lately aku banyak dapat emaail, tweet dan pertanyaan berkenaan asasi dan matrikulasi. Well, aku paham adik adik lepasan SPM ni tengah mengalami dilema wanita untuk memilih mana satu nak masuk. Tarikh daftar dah dekat ni. Takutnya! hehe

So aku pun decided buat la segmen FAQ ni ala ala macam real frequently asked questions konon =p



Antara soalan yang sering dikemukakan:


1. Kalau masuk asasi, dah confirm ke kita ada tempat kat universiti?

Answer: Semestinya tidak. Contohnya,kalau seseorang tu amik asasi law dekat uitm, tapi pointer dia tak memberangsangkan dan MUET dia pun tak dapat band 4. So uitm tak terima dia untuk sambung degree dekat uitm. Jadi dia kena la menapak pergi cari universiti lain.Universiti yang syarat kemasukan dia tak ketat sangat.

2. Asasi senang dari matrik, betul ke?

Answer: Depends la. Susah senang ni ikut kerajinan. Sebab ada someone tu, result SPM dia bagus (8A) and then dia masuk asasi. Lepas tu dekat asasi dia main main, sebab dia ingat dah dijamin la tempat untuk dia kat universiti tu. Last last result dia hampeh. Universiti tempat dia amik asasi tu pun tak nak terima dia. Berbanding dengan lagi seorang ni, result SPM dia teruk, dia tak dapat asasi so dia masuk matrik, tapi dia dapat result bagus sebab dia rajin. Dapat la 4 flat.

3. Universiti akan utamakan pelajar asasi dia, betul ke?

Answer: Naturally yes. Tapi students asasi dia yang result okay je. Yang result tak okay buat apa dia utamakan. ye dak? Bye bye jelah

4. Asasi ni tempat budak budak pandai, betul ke?

Answer: Macam betul. haha sebab takde pulak budak 3A, 4A SPM dapat asasi. Kat matrik ramai la 3A ngan 4A. Tapi semua tu tak penting. Bila kau dah masuk asasi atau matrik, kau ibarat bayi yang baru lahir =)

5. Kalau ambil modul 3 kat matrik, ada peluang ke nak sambung medic?

Answer: Modul 3 matrikulasi takde fizik. Tapi jangan risau masih boleh sambung medic, dengan syarat pointer bagus (normally 4 flat) dan MUET pun kena bagus. Dapatkan band 4

6. Matrik ni kena push, stress, susah betul ke?

Answer: Ya. Susah untuk orang pemalas. Masa baru masuk memang rasa penatt sangat sebab banyak kerja nak kena buat. Kelas pun 8 pagi sampai 5 petang adoi penat seh. Tapi lama kelamaan okay je. Pastikan jangan malu bertanya kalau ada yang tak paham.

7. Cara belajar asasi macam dekat universiti. Matriks pulak macammana?

Answer: Sama jugak. Ada kuliah, ada tutorial, ada makmal. Ada assignment,quiz, test bagai. Cuma dewan kuliah kat matrik tak sebesar dekat universiti punya dewan kuliah










No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX