15 May, 2013

BARANG YANG PERLU ADA DALAM HANDBAG (Versi Adibah)


Anda seorang perempuan?

Anda mempunyai handbag?

Handbag anda mahal? (Okay takde kaitan)

Perempuan dan handbag bagai aur dengan tebing


Memandangkan aku pun seorang perempuan jadi ofkos la aku ada handbag dan legbag (teehee). So hari ni aku nak share dengan korang barang barang yang wajib ada dalam handbag aku bila aku berjalan lebih dari 2 marhalah.

Haritu, sepupu aku yang kat Mersing kahwin. So aku pun pergi la rumah dia kan. Pergi naik keta abang aku. So lepas kenduri tu singgah la rumah abang aku kat Kulai. Abang aku pun ajak la jenjalan kat jb. Jalan punya jalan tetiba lapar, pikir la nak makan kat mana. Abang aku cakap, kat Aeon Tebrau ada chicken chop best. (if i'm not mistaken sebab aku pun dah lupa jalan kat mana time tu) Jadi aku, abang aku dan adik aku pun pergi la melantak chicken chop kat sana. Sedap la jugak.

Lepas tu nak makan sushi, jalan punya jalan tetiba aku perasan yang tali sandal aku dah terputus. Die ada 3 tali tp satu dah terputus. Aduii parah giler. Malu nak mampus aku. Susah giler nak jalan sambil cover sandal terputus. Haha. Aku pun masuk la toilet, nak tpuch up sikit. Nasib baik aku bawak pin lebih, aku pun pin la tali yang terputus tu. Mulai dari hari tu, akku decided nak tambah satu lagi barang dalam handbag kalau nak gi jenjalan. Iaitu GAM UHU/ GAM GAJAH/ YANG SEWAKTU DENGANNYA

List barang yang wajib ada dalam handbag aku

-Purse (ofkos la kan)
-BB cream
-Moisturizer
-Gam UHU (Akibat kes tragis di jb)
-Econazine (Ubat gatal)
-Jarum
-Extra pin
-Benang
-Gunting
-Handphone
-Sikat
-Cermin

hah amikkaw. Jarum benang pun hade =) Macam poket doraemon lak.

Tujuan aku bawak sume tu sebab mana tau kalau kasut terkoyak ke terputus ke, boleh la aku jahit (memandangkan aku memang power menjahit. wakaka)

Lagi satu, dalam handbag aku takde compact powder,lipstick, makeup remover bagai. Nonsense sume tu.

Jadi lepas ni, sila bawak gam UHU bersama anda kemana saja anda pergi. Adios!


No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX