20 May, 2013

Needle And Thread : PEPLUM DRESS MURAH RM30! HIGH QUALITY

Check this out ----> Needle And Thread : PEPLUM DRESS MURAH RM30! HIGH QUALITY: New Update from Oscara Boutique  :) Peplum Dress, dari harga RM30-RM42 Material Lycra+cotton, Free Size, fit to M/small L Stretchable,...


More Peplum Dress Kat Sini

18 May, 2013

FAQ: ASASI DAN MATRIKULASI

WARNING: Ni cuma pendapat aku. Kalau kau tak suka boleh la tekan pangkah kat tepi tu ye. Aku taknak ada orang meroyan maki maki aku nanti. Thanks =)



Assalamualaikum

Teehee (pengaruh Ryan) Lately aku banyak dapat emaail, tweet dan pertanyaan berkenaan asasi dan matrikulasi. Well, aku paham adik adik lepasan SPM ni tengah mengalami dilema wanita untuk memilih mana satu nak masuk. Tarikh daftar dah dekat ni. Takutnya! hehe

So aku pun decided buat la segmen FAQ ni ala ala macam real frequently asked questions konon =p



Antara soalan yang sering dikemukakan:


1. Kalau masuk asasi, dah confirm ke kita ada tempat kat universiti?

Answer: Semestinya tidak. Contohnya,kalau seseorang tu amik asasi law dekat uitm, tapi pointer dia tak memberangsangkan dan MUET dia pun tak dapat band 4. So uitm tak terima dia untuk sambung degree dekat uitm. Jadi dia kena la menapak pergi cari universiti lain.Universiti yang syarat kemasukan dia tak ketat sangat.

2. Asasi senang dari matrik, betul ke?

Answer: Depends la. Susah senang ni ikut kerajinan. Sebab ada someone tu, result SPM dia bagus (8A) and then dia masuk asasi. Lepas tu dekat asasi dia main main, sebab dia ingat dah dijamin la tempat untuk dia kat universiti tu. Last last result dia hampeh. Universiti tempat dia amik asasi tu pun tak nak terima dia. Berbanding dengan lagi seorang ni, result SPM dia teruk, dia tak dapat asasi so dia masuk matrik, tapi dia dapat result bagus sebab dia rajin. Dapat la 4 flat.

3. Universiti akan utamakan pelajar asasi dia, betul ke?

Answer: Naturally yes. Tapi students asasi dia yang result okay je. Yang result tak okay buat apa dia utamakan. ye dak? Bye bye jelah

4. Asasi ni tempat budak budak pandai, betul ke?

Answer: Macam betul. haha sebab takde pulak budak 3A, 4A SPM dapat asasi. Kat matrik ramai la 3A ngan 4A. Tapi semua tu tak penting. Bila kau dah masuk asasi atau matrik, kau ibarat bayi yang baru lahir =)

5. Kalau ambil modul 3 kat matrik, ada peluang ke nak sambung medic?

Answer: Modul 3 matrikulasi takde fizik. Tapi jangan risau masih boleh sambung medic, dengan syarat pointer bagus (normally 4 flat) dan MUET pun kena bagus. Dapatkan band 4

6. Matrik ni kena push, stress, susah betul ke?

Answer: Ya. Susah untuk orang pemalas. Masa baru masuk memang rasa penatt sangat sebab banyak kerja nak kena buat. Kelas pun 8 pagi sampai 5 petang adoi penat seh. Tapi lama kelamaan okay je. Pastikan jangan malu bertanya kalau ada yang tak paham.

7. Cara belajar asasi macam dekat universiti. Matriks pulak macammana?

Answer: Sama jugak. Ada kuliah, ada tutorial, ada makmal. Ada assignment,quiz, test bagai. Cuma dewan kuliah kat matrik tak sebesar dekat universiti punya dewan kuliah










Browsing Through The Past


Hi peeps


Hari ni 18 Mei, dah nak dekat sebulan aku cuti. Yela, dah habis matrik cuti la 4 bulan. Dari awal cuti asyik cakap nak kerja, tapi tak kerja kerja pun. Well, you know pemalas kan. Ingatkan boleh cari makan dengan blogging jer.lol

Bisnes pun macam tak memberangsangkan semenjak dua tiga menjak ni. Malam tadi, aku dok usha usha la post & entri lama aku dekat blog ni. Pfftt. Macam bodoh. Banyak post bangang bangang and I was like "Omg why did I write like that? I was so stupid back then!" Rasa nak delete jer semua post 2-3 tahun lepas tapi sayang la pulak kan.

Zaman dedulu, aku ni pengguna bahasa rempitzzz gak. haha. Pastu selalu guna tulisan besar kecik besar kecik. What the hell. Nasib baik aku keluar dari bahasa rempit tu pada usia 14 tahun. Dah dapat hidayah Alhamdulillah. Kalau tak, mau sampai sekarang aku tulis blog guna bahasa rempitzz. eWWww. Teehee

Masa kat matrik haritu, kalau ada masa lapang, selalu usha usha gambar masa muda *ehem* masa comel comel dulu (hahah) Form 3, form 4 gitu. Kawan kawan aku cakap, muka aku masa dulu lagi comel dari sekarang. (well sekarang dah nak masuk fasa orang orang tua. Dah nak 20 tahun kann) Biadap sungguh nak cakap aku tak comel lettew sekarang. Cis

Seingat aku, dulu masa sekolah menengah, aku ni di antara budak perempuan yang bising, banyak mulut dan banyak cekadak. Tapi taktahu la sejak bila, tetiba sekarang aku dah jadi loner. I hate crowd and I hate gathering bagai. Reunion aku datang, asal ade gathering aku datang kejap pastu blah. Rasa macam dah jadi sasuke pulak ai sebab suka menyendiri *ah takde kaitan*

Dulu

Sekarang.

Aku rasa sama je -__-






15 May, 2013

BARANG YANG PERLU ADA DALAM HANDBAG (Versi Adibah)


Anda seorang perempuan?

Anda mempunyai handbag?

Handbag anda mahal? (Okay takde kaitan)

Perempuan dan handbag bagai aur dengan tebing


Memandangkan aku pun seorang perempuan jadi ofkos la aku ada handbag dan legbag (teehee). So hari ni aku nak share dengan korang barang barang yang wajib ada dalam handbag aku bila aku berjalan lebih dari 2 marhalah.

Haritu, sepupu aku yang kat Mersing kahwin. So aku pun pergi la rumah dia kan. Pergi naik keta abang aku. So lepas kenduri tu singgah la rumah abang aku kat Kulai. Abang aku pun ajak la jenjalan kat jb. Jalan punya jalan tetiba lapar, pikir la nak makan kat mana. Abang aku cakap, kat Aeon Tebrau ada chicken chop best. (if i'm not mistaken sebab aku pun dah lupa jalan kat mana time tu) Jadi aku, abang aku dan adik aku pun pergi la melantak chicken chop kat sana. Sedap la jugak.

Lepas tu nak makan sushi, jalan punya jalan tetiba aku perasan yang tali sandal aku dah terputus. Die ada 3 tali tp satu dah terputus. Aduii parah giler. Malu nak mampus aku. Susah giler nak jalan sambil cover sandal terputus. Haha. Aku pun masuk la toilet, nak tpuch up sikit. Nasib baik aku bawak pin lebih, aku pun pin la tali yang terputus tu. Mulai dari hari tu, akku decided nak tambah satu lagi barang dalam handbag kalau nak gi jenjalan. Iaitu GAM UHU/ GAM GAJAH/ YANG SEWAKTU DENGANNYA

List barang yang wajib ada dalam handbag aku

-Purse (ofkos la kan)
-BB cream
-Moisturizer
-Gam UHU (Akibat kes tragis di jb)
-Econazine (Ubat gatal)
-Jarum
-Extra pin
-Benang
-Gunting
-Handphone
-Sikat
-Cermin

hah amikkaw. Jarum benang pun hade =) Macam poket doraemon lak.

Tujuan aku bawak sume tu sebab mana tau kalau kasut terkoyak ke terputus ke, boleh la aku jahit (memandangkan aku memang power menjahit. wakaka)

Lagi satu, dalam handbag aku takde compact powder,lipstick, makeup remover bagai. Nonsense sume tu.

Jadi lepas ni, sila bawak gam UHU bersama anda kemana saja anda pergi. Adios!


08 May, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #3

ILY


LAGI INFO BERKENAAN KOLEJ MATRIKULASI JOHOR


Hi folks

Seperti yang sedia maklum kat entri lama ni, aku ni bekas pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Hmm kira bekas la kan sebab baru habis haritu (29 April 2013).

So aku nak cerita pasal facilities dulu. Kat matrik ni, nak kata facilities dia lengkap sangat tak jugak, tapi cukup la yang penting penting tu. Takde la kau mati sebab kekurangan kemudahan. Macam kat matrik johor, kemudahan basic yang ada:

-Wifi (walaupun macam siput sedut)
-Mini Mart (best woo ada macam-macam)
-Lif (kat asrama takde)
-Alat sukan (sekali pun tak pernah sentuh)
-basikal (boleh sewa basikal tetiap petang. wohooo)

dan lain lain

Jadi, kat Matrik Johor ni, takde la masalah kalau tetiba pencuci muka kau habis pastu takde extra. Jangan risau, mini mart ade jual semua benda yang kau nak. Makanan dia jangan cakap la kann. Tuala wanita, baldi, selipar, botol, pencuci muka, syampoo etc. Ala-ala guardian dah aku tengok.

Pasal sistem pembelajaran pulak, ok la. Memang hectic sikit sebab terpaksa terkejar kejar tapi lama lama badan korang akan biasa dengan keadaan tu. Macam aku, aku ok je dengan jadual matrik sebab dah memang duduk asrama dari form 1 dulu. Tapi kan, duduk matrik nanti takyah la nak nangis homesick bagai. Dah besar ok, buat malu. hehe

Start kelas pukul 8 pagi. Tengahari ade lunch break 1/2 jam bergantung pada hari. Lepas sambung balik sampai 4 petang. Tapi tu kelas sains. Kalau course akaun best sikit. Kadang kadang pukul 2 petang dah habis kelas sebab jadual tak pack.



Cara belajar macam dekat universiti, dalam dewan kuliah, ada assignment, ada kuiz dan ada test. Lab report pun kena tulis sendiri tak macam masa sekolah dulu, salin je cikgu dah bagi. hehe

Lecturer kat matrik johor ni semua baik baik kau jangan risau. Mesra alam dan tak makan orang.

Asrama dia pulak, ada 6 blok. 2 blok lelaki (A dan B) dan 4 blok perempuan (C,D,E dan F). Setiap blok ada 4 tingkat. Kalau kau dapat tingkat 4 memang disaster lah. Penat nak mampus naik masa hari pendaftaran sebab angkat barang banyak. Aku dapat tingkat 4. Mula mula ingat *boleh la kurus sikit sebab turun naik tingkat 4 hari hari* tapi hakikatnya, sama je makin gemuk ada la. cis

Ok la, daftar untuk pelajar baru 27 MEI 2013 ni. So, best of luck bagi sesape yang dapat matrik johor.


MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX