08 April, 2013

KURANGKAN 4KG DALAM MASA 2 MINGGU



Hari ni aku nak bukak slot kesihatan pulak memandangkan baru baru ni aku dah turun berat 4kg. Rase happy giler tak tak? Rase nak melompat-lompat gembiranya. Jadi aku nak berkongsi apa yang aku makan dan aktiviti selama 2 minggu untuk tuurun berat. (Sebenarnya tak expect pun berat turun. hehe)


LANGKAH 1- JANGAN MAKAN JUNK FOOD.




-Junk food atau jajan atau nama lainnya makanan sampah (junk food) sangat tak elok ea untuk kesihatan. Aku suka gak makan junk food ni. Tapi memandangkan nak turunkan berat so aku tahan la nafsu serakah aku untuk beli cikedis atau mr.potato yang sedap tu. Biskut-biskut pun aku tak makan sebab kandungan kalori dia tinggi. Ewah. Jangan sesekali makan jajan! Kalau mulut tu rasa gatal nak mengunyah jajan minum air masak banyak-banyak. Coklat aku makan sebab coklat bagus untuk otak. Nanti jadi bijak cam Jimmy neutron gituw

LANGKAH 2- JANGAN NAIK LIF

-Kalau kat tempat keje/tempat belajar korang ada lif, anggap jela lif tu rosak. Sebab dalam masa 2 minggu ni, aku memang tak guna lif langsung (padahal lif memang rosak) Pastu asrama aku memang takde lif lak kan. Penat la naik turun tingkat 4 setiap hari banyak-banyak kali. Tapi aku anggap benda tu exercise jer =) Jadi kalau nak turun berat sikit-sikit macam sekilo dua tu, takyah susah susah de nak jogging. Turun naik tangga cukup. Lepas tu pulak aku buat sit up sekali sekala. Haha bukan tiap tiap hari pun.

LANGKAH 3- AIR MASAK

-Minum air masak bebanyak ye anak anak. Banyak kebaikkan dia. Lagi satu, kalau bangun tido digalakkan untuk minum air yang sejuk sejuk sikit sebab air sejuk tu akan mengubah temperature asal dalam badan kita dan meningkatkan kadar metabolisma. Hah macam tu lah kira kiranya. Lagi satu, banyak minum air banyak la kencing ngan berpeluh. Dapat buang benda benda kotor dalam badan korang tu

LANGKAH 4- JANGAN MAKAN LEWAT MALAM

-Yang ni aku memang biasa buat la kan. Sebab balik kelas petang terus makan sebab lapar giler. So resultnye aku memang tak makan la kan untuk malam. Makan sebelum pukul 6 petang atau paling lewat pukul 7 ye anak anak. Makan sayur dengan buah buahan sekali tau. Aku suka buah jambu. Hari hari aku makan.

LANGKAH 5- KURANGKAN MAKANAN BERGORENG

-Nak makan goreng goreng boleh tapi jangan kerap sangat la. Macam aku, aku gantikan yang goreng goreng ni dengan sup sup. Aku suka makanbb bihun goreng so aku tukar dengan bihun sup. Walaupun sedih jugak la kan tapi bedal jela. Asalkan namanya bihun. Pastu, ko jangan keje nak makan kfc la, mekdi la. Stop semua tu. Sebulan sekali boleh laa

LANGKAH 6- JANGAN CRASH DIET

-Crash diet ni maksud ha ko tetibe je diet mengejut. Dah la mengejut, salah cara lak tu meana tak perut ko kojol. Ye dak? Jangan mengada taknak breakfast,lunch bagai. Jalani kehidupan seperti biasa. Makan sarapan, tengahari dengan dinner sebab semuanya penting =) Bak kata cikgu aku, breakfast, eat like a king. Lunvh, eat like a queen. Dinner, eat like slave. Maksudnya kat sini, digalakkan portion makanan untuk sarapan korang banyak sebab nak mulakan hari kan kan. Lunch pulak makan biasa biasa je. Dan makan malam lak makan sikit jek.

Sini aku kongsikan menu aku setiap hari

Sarapan- Bihun/nasi/keuh tiaw goreng (wajib tambah telur,fish kek,fish ball etc hehe)

Tengahari- Nasi+sup sayur+(apa apa lauk yang sodap) Tapi sup sayur tu wajib bagi aku sebab ade macam macam jenis sayur.

Makan malam- mee/bihun sup/ bakso/mee bandung/ segala yg berkuah. Kadang kadang aku makan tempe+ buah jek sobsob


Ok, selamat turun berat badan! =)





No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX