25 December, 2012

Segmen Hala Tuju Selepas SPM: Matrikulasi, Asasi, STPM atau Diploma?


Haa adik adik lepasan SPM kat luar sana. Memandangkan akak kau ni mengikut peredaran zaman, tetiba rase terpanggil lak nak buat entri pasal korang tau. Silalah happy sikittt

Perkara wajib yang dilalui dalam zaman remaja ni adalah membuat pilihan. Memang takleh nak elak bab bab pilih memilih ni. Dari pilih kasut, baju, suar, boyfren, gilfren sampailah pilih course kegemaran korang. Akak kau ni pun dulu konfius gak bile nak pilih masuk ape lepas SPM tau tau.

Sebenarnye ade banyakkkk sangat choice korang boleh masuk lepas SPM tau. Bukan stakat Matrik, form 6, asasi, diploma bagai. Ade banyak lagi benda berfaedah yang boleh masuk lepas SPM.



Contoh Asasi UIAM

1. ASASI

Asasi ni biasenye orang fikir untuk orang pandai-pandai je. So bile masuk asasi je rase bangga nak mampus sampai rase nak bagitau orang kampung ye dak? Aku masuk matrik je. So bile mak jemah tanye aku masuk mane, aku cakap la matrik kan, lepas tu dengan kereknye die cakap anak die masuk Asasi. Hek eleh mak jemah ni. Aku pun buat muke selamba je. Malas nak layan. Fyi, most of students misunderstood pasal asasi ni. Dorang rase asasi lagi standard dari matrik sampaikan bile dapat asasi tu kawan kawan cakap " Wehh, power siot kau. Asasi kott" Masa batch aku hari tu, ada la sorang member aku update status " Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak Asasi" Kau nak tau tak die mohon ape dalam upu tu? Die letak semua asasi padahal asasi yang die dapat tu asasi yang die tak minat. Gara gara apa? Sebab die rase malu nak masuk matrik. Hakikatnye Asasi same je macam matrik. Tapi orang lebihkan asasi ni sebab kononnye dah ade tempat dalam universiti la. Contoh: Masuk asasi uitm, pastu dah ade la tempat untuk sambung degree dalam uitm tuh. No way babe, kalau result asasi kau teruk nak mampus universiti yang kau blaja asasi pun tak nak kau. So jangan ingat asasi dah selamat la kan. Pointer teruk kau kena mohon sambung degree kat tempat lain. Kalau pointer ok je boleh sambung. Kesimpulan yang aku boleh simpul kat sini, kalau kau masuk asasi tapi malas nak belajar tak gune jugak ye adik adik dan kakak kakak.

2. MATRIKULASI

Haa aku masuk matrik. Orang selaluuuuuu terpengaruh dengan perkara perkara negatif pasal matrik ni. Orang selalu cakap "Matrik susah", "susah nak score", "Tak boleh bawak, laju sangat", " Stress giler duduk matrik" dan macam macam lagi anasir luar. Tapi kan, memang matrik susah pun sebab laju giler belajarnya. Nak score kau kena rajin, ikut flow study. Makan ikut waktu, study ikut waktu dan tido ikut waktu. InsyaAllah berjaya la. Cuba tanya senior korang, berapa ramai yang berjaya lepas masuk matrik. Cuma kan, kalau pointer kau bawah 3.00, susah sikit la nak dapat course yang menyeronokkan. Mungkin kena lelong( ini yang orang takut sangat samapi taknak masuk matrik) Come on la, yang nak berjaya siapa? Korang ke orang lain? So ketepikan cerita cerita negatif tu and just follow your heart :) Ingat, masuk matrik kena rajin ye. Best tau matrik. Sepanjang aku kat matrik, Alhamdulillah aku tak pernah pun stress macam orang dok heboh. Tips untuk tak stress, jangan lupe tonton Running Man dan drama drama korea atau jepun. Hehe


Ni la matrik gua :)


3. FORM 6

Yang ni lagiii la banyak salah faham. Ramai orang fikir masuk form 6 je tak class. Eh sorry sikit. Form 6 ni ada STPM dan STPM adalah di antara peperiksaan tersusah di dunia. Kalau tak silap aku kedua atau ketiga tersusah di dunia. Dan sijil STPM ni valid kalau nak masuk mana mana universiti luar negara. Kalau matrik ngan asasi tak semua universiti luar negara terima kelulusan matrik dan asasi. (Nampak tak sape lagi hebat?)
So, kepada orang-orang yang salah faham dan taktau selama ni.. hentikanlah memandang rendah kat orang yang amik form 6 k. Form 6 lagi khelasss dari ape yang uolss amik tau. Ade sorang member aku ni, die dapat form 6. Tapi mak die tak bagi masuk sebab malu kat orang kampung yang anak die tak dapat masuk universiti. what the hell. Pastu mak die pun suruh masuk kolej swasta (sanggup tu berhabis masuk kolej swasta) Kalau form 6 bayar murah je. So, buatlah pilihan yang terbaik.

4. DIPLOMA

Ok, diploma ni sama la macam yang 3 di atas tu. Ada keburukan dan ada kebaikan. Keburukannya, diploma ni lama. Lebih kurang 3 tahun, pastu baru sambung degree. Biasanya orang yang amik diploma ni dia akan lambat setahun dari orang yang amik asasi atau matrik. Korang tak jeles ke kalau tengok member korang dah kerja setahun lebih awal? Kebaikannya pulak, lets say kau habis diploma.. au dah boleh mohon kerja dengan kelulusan tu. Tapi kalau kau amik matrik atau asasi, result teruk tak dapat sambung degree, memang tak boleh la kan nak mintak kerja gune result matrik/asasi. Terpaksa guna result SPM. Lain pulak cerita kalau orang tu dah habis diploma, lepas tu die malassss sangat nak sambung degree sebab dah penat dah belajar diploma 3 tahun. So die akan end up belajar sampai diploma je lepas tu terus carik kerja. Kalau aku ni, yang masuk matrik ni.. walaupun dah penat gaak belajar matrik tapi kena jugak sambung degree sebab takde kelulusan yang boleh mintak kerja. Naturally orang lepas asasi atau matrik akan rajin untuk sambung degree ye. Sebab dah takde jalan lain. Tapi kalau nak amik diploma pun tak salah. Janji rajin :)

5. SIJIL/KEMAHIRAN

Contohnya sijil kemahiran menjahit. Someone tu masuk Giatmara untuk belajar menjahit/memasak. Pastu kau perlekehkan dia sebab tak dapat masuk universiti.. padahal kau tak tau, orang macamtu la yang berjaya nanti. Ramai pelajar pelajar sekarang meletakkan Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian etc sebagai pilihan terakhir. Sebab ape? Sebab dorang rase tak khelass. Aku dah banyak sangat jumpa orang macam ni. Kau tau tak, dah ramai orang kaya kaya yang berjaya lepas belajar kemahiran dekat kolej2 yang aku sebut tadi? Zaman sekarang ni dah ramai sangat orang belajar sains bagai so bidang kemahiran pun kurang. Jadi siapa yang rajin menjerumskan diri dalam bidang kemahiran akan berjaya sebab kemahiran memang lakuu sangat.

Orang pandai dah ramai----> Orang pandai asyik kerja yang bagus2 kononnya----> Tak sempat jahit baju-----> Tempah baju-----> Orang yang belajar menjahit tadi yang kaya


Contoh baju yang dijahit


Jadi adik adik kenalah pandai memilih. Dan kalaulah dah pilih betul2 tapi tetap terkandas di tengah jalan. Jangan putus asa, dunia belum berakhir. Jangan bunuh diri, jangan minum vanish. Teruskan hidup dengan menjadi kreatif sebab banyakkkk sangat peluang dalam hidup kite ni.

Fyi, aku dulu pun pernah gagal dan hampir putus asa. Result SPM aku dulu haprak. Sedih gila sobsob menangis nangis aku. Lepas tu aku buat keputusan masuk matrik dan Alhamdulillah. I performed well :) Jadi kepada mereka yang pernah memperlekehkan aku masa masuk matrik dulu, tutuplah mulut kau sebab aku habis degree awal dari kau. wekwek!

Ok bai



11 comments:

Anonymous said...

Kak SPM akak dulu haprak sngt ke??gak2 kalo sya yg dpt 5a je ni bley x dpt matrik???

Liyana said...

Kawan saya yg dapat 3A pun dah dpt matrik ^_^

nadia natasha said...

akak ambil kos ape kat matrik??sains or akaun??

NorAdibah Chan said...

Anon: Akak dapat 5A jugak. Dapat matrik :)

Liyana: Yup, 3A pun boleh dapat matrik

Nadia: Akak amik kos sains :)

Anonymous said...

Salam akak , akak ambik degree ape and kat mana ?

Anonymous said...

Salam akak , akak ambik degree ape and kat mana ?

Anonymous said...

salam, akak, bley x cte ape protokol pemakaian kt matrik.

niniy fira said...

salam akak msuk matrik ambil module brapa ehh??
kalau x ambil fiz ada hrapan x nk smbg degree bidng perubatan..

Diba Chan said...

Akak dulu modul 3. BOleh je nak smbung medic kalau takde fizik :)

Anonymous said...

slip keputusan peperiksaan matrikulasi dan asasi ini hanya sah/laku untuk kemasukan ijazah ke IPTA di Malaysia je ke. maknanya kalau nak sambung ijazah oversea kena ambil a-level ataupun stpm kan.

Diba Chan said...

Bukan camtu, keputusan matrik/asasi ni boleh gak diterima oleh universiti luar negara,cuma sikit jela universiti luar negara yg terima matrik atau asasi ni

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX