30 January, 2012

5 Don't(s) In Blogging


EHEM. haha
Amboi batak giler aku nak buat tips blogging jadah la weh. Ah pedulik. Aku nak buat gak. Fyi, ada beberapa orang request kat aku suh buat tips blogging. K poyo sebenarnya takde pongg.Aku je gedik nak buat. Okay sila lempang aku skang =.=

This post is honorarily dedicated to Wan Aidil yang kacak bergaya.( Mengayat nak tempura hehe)
Okay, ni ada 5 perkara yang kalau boleh Jangan buat kalau korang blogging. Jangan, don't,nehi blablabla.

1# Jangan Letak Lagu dalam Blog.
Ahha, ni aku rasa ramai tahu dah. Ramai jejaka jejaka kacak dan gadis gadis comel tak suka bukak blog yang ada lagu. (termasuklah aku) Sebab apa? Sebab.. majoriti blogger/facebooker/tweety etc akan surf internet sambil dengar laju feveret dorang dari lappy sendiri. Jadi, kalau dorang bukak blog kau tetibe kuar lagu blackmetal mane tah. Tak mati terkejut dok eh? Haa... aku pun selalu kena. Aku tengah syok2 layan lagu jiwang dari lappy (guna headphone) Pastu tetiba bukak blog minah ni dia letak lagu korea. Hahahahadoiii spoil je --'

2# Jangan Letak Banyak Sangat Gadjet.
Haa, ni pun kureng ni. Kalau boleh, kalau blog hang tu kurangkan la gadjet2 yang tak berpekdah. Let say kalau ada beberapa gadjet penting macam chatbox,traffic etc tu je letak. Takpayah la nak bling2 bagai.hehe. Sebab kalau banyak sangat gadjet akan menyebabkan blog tu berat dan reader pon malas nak tunggu loading blog korang uhh. Lebih berat dari seguni beras. Macam fak ja. LOL. Jangan kau pergi letak seratus gadjet plak.Pastu kalau nak tau betapa berat blog korang tu, pegi la google.Ape tah nama benda tu, tapi korang boleh la timbang blog korang kat situ. Macam blog aku ni, tak sampai sesaat dah terbukak aww K tipu

3# Jangan Nak Batak (haha)
Ni mostly pompuan ah buat. Buat blog, tepek gambar besar2. Hadoiii. Kalau kau ni photographer takpe lah jugak Sodap sikit mata mandang gambar lawa2. Ni tak, gambar dalam tandas tu kau letak? Sape nak tengok weh. Tu belum dengan gambar sexy2 lagi seksa mata aku tengok --' Macam blog si Wan Aidil ni okay la sebab dia tak tepek gambar dalam tandas, harharhar =p Ah lagi satu.. too much picture(s) akan melambatkan loading. Sekian

4# Jangan Nak Rempit Sangat
Takpayah la nak guna tulisan BESARkecikBESARkecik. Tau tak macam ape kalau kau buat camtu? Macam fak. HAHA. okay pukul aku. Aku cukup tak minat la blog yang tulis BESARkecikBESARkecik. Cth: kaW nARk bUwArt aPErw cUTiW nIErW ? arghh macam bangang! Besar kecik, pastu bahasa mana tah kau guna. Bahasa zimbabwe pong tak sesusah tu nak paham --' and one more thing, tulisan kat blog tu biarlah besar sikit. Takdelah sakit mata nak membaca. Lagi2 kalau reader korang orang rabun cam aku. hehe

5# Jangan Nak Artis Sangat (HEHE)
LOL. Yang ni aku pakai tulis je. Tapi kalau boleh, post kat blog korang tu biarlah informative (aumm bajet aku punya blog informative) Tulis pasal pengalaman hidup sangat nice. Aku pun buat gitu, cerita pasal kawan2 sekolah, boipreng (bajet ada) dan scandal(s) :P Jangan la sampai cerita kau sembelit pon nak cerita hahahahadoii. HIHI. okay tu je



Okay, aku taktau la nak cakap jangan ape. Tapi ekceli blogging ni bukan la berdasarkan follower(s) ke apa. Ia berdasarkan content blog korang. Kalau blog best, followers akan datang sendiri, kalau muka lawa pon followers akan datang sendiri. Kalau muka kacak lagilah followers datang berghamai ghamai macam si Wan Aidil ni.hehe

Don't judge a blog by its followers-Hamka kereta mayat.

Barang sesiapa yg nak terasa dengan entri aku ni, sila email at adibahluawi@gmail.com untuk maki aku. Tak mo ehh cakap blakang. Maki terus baru cool.Anyway, ni entri umum, tidak kena mengena antara yg hidup ataupun hamster aku yg dah mati. Sekian

#Wan Aidil kacak,pantas dan mutakhir.hihihi

Extra: Look yourself in the mirror first before criticizing others.

4 comments:

wan aidil anwar said...

wehhh. aku amat2 berterima kasih dekat kau sebab banyak kali sebut nama aku. HAHA. secara tidak lngsung telah upgrade aku punya saham. wekk ;P btw, thanks sebab share tips. sngat berguna. jazakallah hu khair. moga ALLAH balas jasa hang ;]

wan aidil anwar said...

btw, aku sayang nak buang lahu tuh. sebab aku suka dengaqq ;[

Ckin Kembaq said...

suka letak gambar banyak2 dlm entri sebab nak bagi stable antara tulisan n gambar..kadang entri panjang, jadi takut mata letih gitu..hehe

Diba Chan said...

@Ckin Kembaq

Gambar2 yg berguna takpe la :) Depends on you lah.hehe

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX