25 December, 2012

Segmen Hala Tuju Selepas SPM: Matrikulasi, Asasi, STPM atau Diploma?


Haa adik adik lepasan SPM kat luar sana. Memandangkan akak kau ni mengikut peredaran zaman, tetiba rase terpanggil lak nak buat entri pasal korang tau. Silalah happy sikittt

Perkara wajib yang dilalui dalam zaman remaja ni adalah membuat pilihan. Memang takleh nak elak bab bab pilih memilih ni. Dari pilih kasut, baju, suar, boyfren, gilfren sampailah pilih course kegemaran korang. Akak kau ni pun dulu konfius gak bile nak pilih masuk ape lepas SPM tau tau.

Sebenarnye ade banyakkkk sangat choice korang boleh masuk lepas SPM tau. Bukan stakat Matrik, form 6, asasi, diploma bagai. Ade banyak lagi benda berfaedah yang boleh masuk lepas SPM.



Contoh Asasi UIAM

1. ASASI

Asasi ni biasenye orang fikir untuk orang pandai-pandai je. So bile masuk asasi je rase bangga nak mampus sampai rase nak bagitau orang kampung ye dak? Aku masuk matrik je. So bile mak jemah tanye aku masuk mane, aku cakap la matrik kan, lepas tu dengan kereknye die cakap anak die masuk Asasi. Hek eleh mak jemah ni. Aku pun buat muke selamba je. Malas nak layan. Fyi, most of students misunderstood pasal asasi ni. Dorang rase asasi lagi standard dari matrik sampaikan bile dapat asasi tu kawan kawan cakap " Wehh, power siot kau. Asasi kott" Masa batch aku hari tu, ada la sorang member aku update status " Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak Asasi" Kau nak tau tak die mohon ape dalam upu tu? Die letak semua asasi padahal asasi yang die dapat tu asasi yang die tak minat. Gara gara apa? Sebab die rase malu nak masuk matrik. Hakikatnye Asasi same je macam matrik. Tapi orang lebihkan asasi ni sebab kononnye dah ade tempat dalam universiti la. Contoh: Masuk asasi uitm, pastu dah ade la tempat untuk sambung degree dalam uitm tuh. No way babe, kalau result asasi kau teruk nak mampus universiti yang kau blaja asasi pun tak nak kau. So jangan ingat asasi dah selamat la kan. Pointer teruk kau kena mohon sambung degree kat tempat lain. Kalau pointer ok je boleh sambung. Kesimpulan yang aku boleh simpul kat sini, kalau kau masuk asasi tapi malas nak belajar tak gune jugak ye adik adik dan kakak kakak.

2. MATRIKULASI

Haa aku masuk matrik. Orang selaluuuuuu terpengaruh dengan perkara perkara negatif pasal matrik ni. Orang selalu cakap "Matrik susah", "susah nak score", "Tak boleh bawak, laju sangat", " Stress giler duduk matrik" dan macam macam lagi anasir luar. Tapi kan, memang matrik susah pun sebab laju giler belajarnya. Nak score kau kena rajin, ikut flow study. Makan ikut waktu, study ikut waktu dan tido ikut waktu. InsyaAllah berjaya la. Cuba tanya senior korang, berapa ramai yang berjaya lepas masuk matrik. Cuma kan, kalau pointer kau bawah 3.00, susah sikit la nak dapat course yang menyeronokkan. Mungkin kena lelong( ini yang orang takut sangat samapi taknak masuk matrik) Come on la, yang nak berjaya siapa? Korang ke orang lain? So ketepikan cerita cerita negatif tu and just follow your heart :) Ingat, masuk matrik kena rajin ye. Best tau matrik. Sepanjang aku kat matrik, Alhamdulillah aku tak pernah pun stress macam orang dok heboh. Tips untuk tak stress, jangan lupe tonton Running Man dan drama drama korea atau jepun. Hehe


Ni la matrik gua :)


3. FORM 6

Yang ni lagiii la banyak salah faham. Ramai orang fikir masuk form 6 je tak class. Eh sorry sikit. Form 6 ni ada STPM dan STPM adalah di antara peperiksaan tersusah di dunia. Kalau tak silap aku kedua atau ketiga tersusah di dunia. Dan sijil STPM ni valid kalau nak masuk mana mana universiti luar negara. Kalau matrik ngan asasi tak semua universiti luar negara terima kelulusan matrik dan asasi. (Nampak tak sape lagi hebat?)
So, kepada orang-orang yang salah faham dan taktau selama ni.. hentikanlah memandang rendah kat orang yang amik form 6 k. Form 6 lagi khelasss dari ape yang uolss amik tau. Ade sorang member aku ni, die dapat form 6. Tapi mak die tak bagi masuk sebab malu kat orang kampung yang anak die tak dapat masuk universiti. what the hell. Pastu mak die pun suruh masuk kolej swasta (sanggup tu berhabis masuk kolej swasta) Kalau form 6 bayar murah je. So, buatlah pilihan yang terbaik.

4. DIPLOMA

Ok, diploma ni sama la macam yang 3 di atas tu. Ada keburukan dan ada kebaikan. Keburukannya, diploma ni lama. Lebih kurang 3 tahun, pastu baru sambung degree. Biasanya orang yang amik diploma ni dia akan lambat setahun dari orang yang amik asasi atau matrik. Korang tak jeles ke kalau tengok member korang dah kerja setahun lebih awal? Kebaikannya pulak, lets say kau habis diploma.. au dah boleh mohon kerja dengan kelulusan tu. Tapi kalau kau amik matrik atau asasi, result teruk tak dapat sambung degree, memang tak boleh la kan nak mintak kerja gune result matrik/asasi. Terpaksa guna result SPM. Lain pulak cerita kalau orang tu dah habis diploma, lepas tu die malassss sangat nak sambung degree sebab dah penat dah belajar diploma 3 tahun. So die akan end up belajar sampai diploma je lepas tu terus carik kerja. Kalau aku ni, yang masuk matrik ni.. walaupun dah penat gaak belajar matrik tapi kena jugak sambung degree sebab takde kelulusan yang boleh mintak kerja. Naturally orang lepas asasi atau matrik akan rajin untuk sambung degree ye. Sebab dah takde jalan lain. Tapi kalau nak amik diploma pun tak salah. Janji rajin :)

5. SIJIL/KEMAHIRAN

Contohnya sijil kemahiran menjahit. Someone tu masuk Giatmara untuk belajar menjahit/memasak. Pastu kau perlekehkan dia sebab tak dapat masuk universiti.. padahal kau tak tau, orang macamtu la yang berjaya nanti. Ramai pelajar pelajar sekarang meletakkan Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian etc sebagai pilihan terakhir. Sebab ape? Sebab dorang rase tak khelass. Aku dah banyak sangat jumpa orang macam ni. Kau tau tak, dah ramai orang kaya kaya yang berjaya lepas belajar kemahiran dekat kolej2 yang aku sebut tadi? Zaman sekarang ni dah ramai sangat orang belajar sains bagai so bidang kemahiran pun kurang. Jadi siapa yang rajin menjerumskan diri dalam bidang kemahiran akan berjaya sebab kemahiran memang lakuu sangat.

Orang pandai dah ramai----> Orang pandai asyik kerja yang bagus2 kononnya----> Tak sempat jahit baju-----> Tempah baju-----> Orang yang belajar menjahit tadi yang kaya


Contoh baju yang dijahit


Jadi adik adik kenalah pandai memilih. Dan kalaulah dah pilih betul2 tapi tetap terkandas di tengah jalan. Jangan putus asa, dunia belum berakhir. Jangan bunuh diri, jangan minum vanish. Teruskan hidup dengan menjadi kreatif sebab banyakkkk sangat peluang dalam hidup kite ni.

Fyi, aku dulu pun pernah gagal dan hampir putus asa. Result SPM aku dulu haprak. Sedih gila sobsob menangis nangis aku. Lepas tu aku buat keputusan masuk matrik dan Alhamdulillah. I performed well :) Jadi kepada mereka yang pernah memperlekehkan aku masa masuk matrik dulu, tutuplah mulut kau sebab aku habis degree awal dari kau. wekwek!

Ok bai



20 October, 2012

Cakar Ayam: 37 Sebab Mengapa Wanita Perlu Kekal Dara Sebelum A...

Cakar Ayam: 37 Sebab Mengapa Wanita Perlu Kekal Dara Sebelum A...: Assalamualaikum.  Aku ni bukanlah kuat agama sangat tetapi memandangkan isu zina ini berkaitan dengan perkara perkara yang termasuk da...

18 October, 2012

Susu Alpha Lipid & SD2!





Dalam tin :) 





Hasilnya :)





Anda ingin kurus seperti mereka? :)

Sekarang ni memang tengah hot orang gune susu alpha lipid ni. Memang berkesan untuk turunkan berat badan. Kalau ikut cara dan pantang larang, InsyaAllah boleh kurang banyak dalam sebulan!

Kalau berminat boleh contact saya 0172745788. Sms sahaja ye. Saya menawarkan harga terendah yang korang pun takkan percaya! :)


Serious buyers only.

14 October, 2012

Sejuta Sebab Kenapa Aku Suka Dia


1. Unik.

Fazrin sangat unik. Dia bukan macam lelaki lelaki biasa yang suka ejek2 perempuan gemuk, ejek2 perempuan kulit gelap, dia matang. And he don't discriminate others :) Lagipun dia ni jinak jinak merpati! I like yaww. hee




1000000. Ciri ciri lelaki idaman aku.

Dia sangat menepati ciri2 lelaki idaman aku. Pandai, kurus, tinggi, tak hisap rokok, tak hisap ganja dan paling penting, terima aku seadanya :) I loikee. Dia bercita cita tinggi tau. Sekarang dia tengah belajar course undang undang. Oh, yang paling penting, aku suka political view dia. Sekepala dengan aku :D

Ok dah cukup sejuta sebab kenapa aku suka boyfren aku. Bye uols

06 August, 2012

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR BEST

5, 6 bulan ni aku jarang update blog. Tapi tak berhabuk pun :p Neway sekarang ni aku tengah study sbb kejap lagi ade test! Me so takuttt. So far kehidupan dekat Matrikulasi ni best la. Tak macam orang cakap "matriks susah", "kena rushing", "Kena struggle" Ah sume tu tipu takde punnn :p Ape yang penting belajar ikut flow B-)

Aku dapat tawaran diploma kat UTHM, dalam electrical engineering. Aku tak pergi. Satu sbb diploma, memakan masa aku nak kawin awal. ekekek. Dua sbb memang tak minat engine. So ade sorg kawin aku ni, die marah tau aku buat keputusan nak masuk matriks. Dia kata aku bodoh (kuajaq!)

Pastu die cakap "Kau yakin kau boleh dapat 3.5 above kat matrik tu nanti?" 

Secara tak langsung die dah underestimate aku. Wehh aku pantang tau! Siap ar die nanti aku bagi result 4flat terus, kau yang nganga jer. K dah.

Selamat berpusa dan selamat hari raya! Haha Lambat lagik



Btw kan, abang aku dah nak sambung blaja. Die blaja kat UUM sintok nanti. Jauhnyaa sedih aku sobsob


16 May, 2012

NENEK 63 TAHUN YANG GEMPAK




AMPANG – Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.
“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.
“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.
“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.
Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.
Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.
“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.
“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Sinar Harian Online

Diba Chan:  uuuu taktau la nak cakap ape. 63 Tahun tuuu :-P 

28 March, 2012

Wordless Wednesday #2-




Ni semua tinggal kenangan. Bye korang. After 5 years aku contact korang balik. Love ya  :'(

13 March, 2012

Pendedahan Yang Tak Berapa Nak Gempar

Ah well, aku tak pernah update blog pasal budak sorang neh. Siapa budak tuh? Dan kenapa aku tak pernah update pasai dia? Jeng Jejengg

Once upon a time, kah kah kah -.- K siyes Diba.

Ceritanya gini, pada tahun 2010, bertarikh kan tarikh yg aku tak hengat. Sepasang merpati berjoli telah berkahwin. Sebulan lepastu, Allah SWT telah mengurniakan mereka rezeki. Jeng jejeng! Si merpati Betina telah  mengandung.haha. 9 bulan 10 hari lepastu, yakni 30 ogos 2011- seorang lelaki sejati (hahaha) telah pun dilahirkan ke dunia yg fana ni. Lahir pada 30 ogos 2011 bersamaan 1 syawal 14__ err (==') Tak ingat.

Diberi nama Ahmad Al Mahdi Bin Mohd Noor Aiman (wewitt) dan kini dah membesar menjadi seorang bujang. Muka dia mirip mirip Nohara Shin Chan lak. hehek

Nah, tatap la muke die neh. Aku tepek bebanyak. Sape taknak tengok (Ado den kesah?) Hahak











Nampaknye anak buah aku macam mengikut jejak langkah aku. Kuat tido. hakhak 

Kbye. we love to fight and then get hurt.

Post Scrip-tum : Aku kena berhati hati update blog skang. Boipreng aku kengkadang bace. -.- Kalau boipreng dulu die tak penah kesah pon kan blog aku ni. lalalala 

07 March, 2012

Wordless Wednesday #1-


My Favorite pic.aha

I love him. And I wanna be with him forever. Anyway tahniah sayang.


28 February, 2012

BELAJAR BIARLAH TINGGI-TINGGI... TAPI JANGAN BODOH BERTINGKAT-TINGKAT

anime feveret aku. eh


Ok, sebenarnya post aku ni takde kena mengena sangat dengan tajuk Kalau kena pun sikit je. Harharhar. Actually a few days back, someone taught me something. Pasai pa? Pasal belajar. Dia cakap, belajar ni kena tekun, rajin haha k tu tipu :-P Dia cuma cakap kawin ni ibarat belajar.

Diploma- Dapat anak
Ijazah- Dapat cucu
Master- Dapat cicit
PHD- Dapat Piut (Eh betul ke piut?)

K aku tau aku gatal, post pasal kawin. Tapi biaq lah :-P haha.

Anyway, back to main topic. Zaman skang ni, ramai yg belajar demi title je. Nak master, PHd bagai tapi apa yang dorang dapat tu tak sepadan dengan perangai dorang. Maksud aku, dah ramai dah aku jumpa orang yg ada Master/PHd, berperangai macam orang tak sekolah. Bangang tak boleh di ajaq. Ni bukan nak hina orang ke apa, tapi perangai tu biarlah molek hendaknya. Jangan macam $%&^*

Aku rase la kan, perangai orang yang tak sekolah tu lagi bagus sejuta kali ganda dari orang yang belajar pandai pandai. Kesimpulannya, Belajar biar ikhlas. Jangan nak kejar title je. Kbye

24 February, 2012

23 February

Hai. Hari ni aku nak habaq sikit ape yg terjadi pada 23 February.

February 23 is the 54th day of the year in the Gregorian calendar. There are 311 days remaining until the end of the year (312 in leap years).


Events that happen in 23 February-



  • 1945 – World War II: The 11th Airborne Division, with Filipino guerrillas, free the captives of the Los Baños internment camp.
  • 1945 – World War II: The capital of the Philippines, Manila, is liberated by combined Filipino and American forces.
  • 1945 – World War II: Capitulation of German garrison in Poznań. The city is liberated by Soviet and Polish forces.
  • 1945 – World War II: The German town of Pforzheim is completely destroyed in a raid by 379 British bombers.

Ade banyak lagi. Tapi tak larat la aku nak copy semua kan.haha

  • 2008 – A United States Air Force B-2 Spirit crashes on Guam. It is the first operational loss of a B-2.
  • 2010 – Unknown criminals pour more than 2.5 million liters of diesel oil and other hydrocarbons into the river Lambro, in Northern Italy, causing an environmental disaster.
  • 2012 – Something happened.

Apsal? Kenapa pandang aku macam tu? -.- k dah bye. Thank god its friday. TGIF


06 February, 2012

5 Facts About Love

Dah kenapa dengan Hugh Jackman? Aha

Kenapa aku angkat gambar Vanessa Hudgens? 



1. Usually you did not know when you're in love. It comes suddenly and unplanned.

2. Without you realizing it, you will always remember him/her.

3. Good or bad? It doesn't matter to you.

4. Love is like a drug. Addicted to her/his voice,laugh etc.

5. You are smiling when talking to him/her. Either face to face or on the phone.


Written by - Diba chan

Copyright 2012

01 February, 2012

MY BESTFRIEND- A Story


Hi. Cheer up gals.Semenjak dua menjak ni aku rajin update entri. Biasanya setahun sekali. haha. Mungkin bila tengok kawan2 SBP lain kecoh berblog membuatkan aku tercabar? Ehh? Aku nak challenge Wan Aidil dan Azam. Hehew. Ah gatal kau Dibachan, blogger laki je kau tengok.lol

Rasa macam diri ni sampah je kena buang dengan kawan baik sendiri.

Aih? Kenapa aku cakap macamtu? Tebiat? Haha takdelah. Lately banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku.Kena tinggal boipreng tu satu hal, meraung dah. And then selang beberapa minggu kena tinggal dengan bestfren? Ah meraung lagi. Padahal time aku kena tinggal dengan boipreng aku tu, bestfren aku tu la orang pertama aku citer. Aku rasa dia mesti paham perasaan aku sedih kena tinggal.

Tapi tak sangka la, dia pun menyusul tinggalkan aku. Semua orang nak tinggalkan aku :( Dah takde sape nak kawan ngan kite dah. haa ok tebiat. --' Aku tahu la aku ni tak lawa, tak comel, tak pandai dan segala yang tak. Tapi... tapi... aku yakin aku seorang pendengar dan kawan yg baik.. Siyes sedih bile kawan baik aku sendiri block aku. Memang la aku ramaiiiiii sangat kawan2 lain, tapi tak sama weh tak sama. You can't be replaced.Take note.

Seriously, I miss the moment when we are laughing together, chatting and talking about stuff. Apa yang jadi kat tempat kerja kau, kat tempat kerja aku. Kau berdebat dengan siapa ke apa. Kita bercakap pasal novel2, movies, masa silam kau dan macam2 lagi. Kehilangan sangat la terasa. Mane taknya, before this hari2 dengar suara kau, kita buat super saver chat sampai 3-4 pagi. Gelak2, nangis2 sama sama.Dan sekarang ni aku kena buang. Hina sangat ke aku dimata dia? :(

Sekarang ni kerja aku online,makan,tidur,baca novel dan nangis. harharhar. Aku nak borak dengan siapa pasal novel yg aku baca ni? hmmm

Tadi mak aku masak sayur kacang buncis goreng, dan aku jadi sebak... sebab teringat kat dia :( haihh, dah melampau aku punya sedih ni.

K dah malas nak tulis panjang2.Kang kelenjar air mata ni rosak lagi. Let the time decided. Aku akan terus tunggu dia. Dan aku sedia bila2 nak jadi pendengar dia balik. :) Loveyou



Extra: Look yourself in the mirror first before criticizing others.

30 January, 2012

5 Don't(s) In Blogging


EHEM. haha
Amboi batak giler aku nak buat tips blogging jadah la weh. Ah pedulik. Aku nak buat gak. Fyi, ada beberapa orang request kat aku suh buat tips blogging. K poyo sebenarnya takde pongg.Aku je gedik nak buat. Okay sila lempang aku skang =.=

This post is honorarily dedicated to Wan Aidil yang kacak bergaya.( Mengayat nak tempura hehe)
Okay, ni ada 5 perkara yang kalau boleh Jangan buat kalau korang blogging. Jangan, don't,nehi blablabla.

1# Jangan Letak Lagu dalam Blog.
Ahha, ni aku rasa ramai tahu dah. Ramai jejaka jejaka kacak dan gadis gadis comel tak suka bukak blog yang ada lagu. (termasuklah aku) Sebab apa? Sebab.. majoriti blogger/facebooker/tweety etc akan surf internet sambil dengar laju feveret dorang dari lappy sendiri. Jadi, kalau dorang bukak blog kau tetibe kuar lagu blackmetal mane tah. Tak mati terkejut dok eh? Haa... aku pun selalu kena. Aku tengah syok2 layan lagu jiwang dari lappy (guna headphone) Pastu tetiba bukak blog minah ni dia letak lagu korea. Hahahahadoiii spoil je --'

2# Jangan Letak Banyak Sangat Gadjet.
Haa, ni pun kureng ni. Kalau boleh, kalau blog hang tu kurangkan la gadjet2 yang tak berpekdah. Let say kalau ada beberapa gadjet penting macam chatbox,traffic etc tu je letak. Takpayah la nak bling2 bagai.hehe. Sebab kalau banyak sangat gadjet akan menyebabkan blog tu berat dan reader pon malas nak tunggu loading blog korang uhh. Lebih berat dari seguni beras. Macam fak ja. LOL. Jangan kau pergi letak seratus gadjet plak.Pastu kalau nak tau betapa berat blog korang tu, pegi la google.Ape tah nama benda tu, tapi korang boleh la timbang blog korang kat situ. Macam blog aku ni, tak sampai sesaat dah terbukak aww K tipu

3# Jangan Nak Batak (haha)
Ni mostly pompuan ah buat. Buat blog, tepek gambar besar2. Hadoiii. Kalau kau ni photographer takpe lah jugak Sodap sikit mata mandang gambar lawa2. Ni tak, gambar dalam tandas tu kau letak? Sape nak tengok weh. Tu belum dengan gambar sexy2 lagi seksa mata aku tengok --' Macam blog si Wan Aidil ni okay la sebab dia tak tepek gambar dalam tandas, harharhar =p Ah lagi satu.. too much picture(s) akan melambatkan loading. Sekian

4# Jangan Nak Rempit Sangat
Takpayah la nak guna tulisan BESARkecikBESARkecik. Tau tak macam ape kalau kau buat camtu? Macam fak. HAHA. okay pukul aku. Aku cukup tak minat la blog yang tulis BESARkecikBESARkecik. Cth: kaW nARk bUwArt aPErw cUTiW nIErW ? arghh macam bangang! Besar kecik, pastu bahasa mana tah kau guna. Bahasa zimbabwe pong tak sesusah tu nak paham --' and one more thing, tulisan kat blog tu biarlah besar sikit. Takdelah sakit mata nak membaca. Lagi2 kalau reader korang orang rabun cam aku. hehe

5# Jangan Nak Artis Sangat (HEHE)
LOL. Yang ni aku pakai tulis je. Tapi kalau boleh, post kat blog korang tu biarlah informative (aumm bajet aku punya blog informative) Tulis pasal pengalaman hidup sangat nice. Aku pun buat gitu, cerita pasal kawan2 sekolah, boipreng (bajet ada) dan scandal(s) :P Jangan la sampai cerita kau sembelit pon nak cerita hahahahadoii. HIHI. okay tu je



Okay, aku taktau la nak cakap jangan ape. Tapi ekceli blogging ni bukan la berdasarkan follower(s) ke apa. Ia berdasarkan content blog korang. Kalau blog best, followers akan datang sendiri, kalau muka lawa pon followers akan datang sendiri. Kalau muka kacak lagilah followers datang berghamai ghamai macam si Wan Aidil ni.hehe

Don't judge a blog by its followers-Hamka kereta mayat.

Barang sesiapa yg nak terasa dengan entri aku ni, sila email at adibahluawi@gmail.com untuk maki aku. Tak mo ehh cakap blakang. Maki terus baru cool.Anyway, ni entri umum, tidak kena mengena antara yg hidup ataupun hamster aku yg dah mati. Sekian

#Wan Aidil kacak,pantas dan mutakhir.hihihi

Extra: Look yourself in the mirror first before criticizing others.

26 January, 2012

I SHOULD BE GRATEFUL



Hai :D

Macam yg korang tau, aku kan ex-student sekolah berasrama penuh Integrasi Selandar atau lebih
dikenali sebagai SISME. (eh, pulak kau kesah kan aku sekolah mana? -.-) Ok, sebenarnya hari ni aku nak cerita
pasal sekolah aku dan sebuah lagi sekolah ni.

Well, kalau kau tanya la schoolmates aku, majoriti akan dok komplen pasal skolah
sendiri ye dak ? Sama jugak macam budak2 sekolah lain. Mesti ada perkara yg korang tak puas hati dengan sekolah sendiri.
haha. Yola, manusia kan mane reti nak bersyukur. -.- Termasuk aku jugak.

Skang ni aku nak cerita pasal  skolah adik aku.hehew. Bukan nak mengejek atau menghina. Jauh sekali mencaci.
Tapi aku nak kasi budak2 SISME dan budak2 SBP yg lain bukak mata depa besaq2, dan bersyukurlah dengan skolah
korang =) awwww tak gitu? lol

Ok, ceritanya macam ni.

Aku dah habis skolah kan kan? So aku teman la adik aku masa pendaftaran skola dia. Dia masuk asrama gak. tp bukan sbp atau mrsm, cuma sekolah kawalan.Nak masuk skolah tu pun result kena lah gempak jugak. Aku dengar2, sekolah ni bagus.

Mak bapak aku pun dok puji2 sekolah adik aku tu. (kekadang rasa bengang la jugak.haha!)
Then adik aku pun dimasukkan la ke sekolah tu. Masa hari pendaftaran tu, aku ikut. Dah biasa la kan asrama, mesti la ada taklimat bagai dari HEM dan PENGETUA. Right?

Pastu aku pun tadah ler telinga ni mendengar taklimat yg lombab+berjela jela uhh. Apa yg buat aku terkejut tapir kat situ,sumpah la poyo giler taik sekolah adik aku tu.Bashteng! -.- Konon konon strict la peraturan sekolah tu. Strict taik ae. Aku dah naik geram dengan ke-strict-an peraturan nya.
Korang baca ea

-Tak boleh bawak handphone (ni biasala kan. Sbp pun takleh bawak phone)
-Tak boleh bawak mp3/mp4 atau yg sewaktu dengannya. (ha, part ni aku dah mula berkata kata.'Aik? mp3 pun takleh bawak? sekolah den bolehh')
-Tak boleh bawak walkman.(whtdehel? walkman pun tak boleh? sakai gila -.-)
-Tak boleh bawak heater/cerek atau yg sewaktu dgnnya. (ok ni biasala kan)
-Tak boleh bawak Maggi/mee sedap atau yg sewaktu dengannya. (hahhh???)
-Tak boleh bawak pendrive.( aku rasa nak gelak guling2 bila dengar)

Pastu kan, dorm dia kecik giler then muatkan 20 orang student satu dorm. Sian dah macam sardin dah aku tengok. Kalau dorm aku ha, dah la besar, 16 orang je. Tengah2 ada ruang kosong besar lagi. Boleh aku main skipping kat tengah2 dorm.

Pastu skolah tu kalau minum petang dia budak2 dapat seketul kuih je. siyes aku tak tipu. Minum air pun teh o ngan milo je. Sekolah kite kira ok  what sometimes dia bagi horlick,kopi,teh susu, barli etc.

Kesimpulannya kat sini, aku nak cakap arr kepada budak sisme. Aku rasa bersyukur dgn skolah kita. Taknak condemn skolah lagi dah =( (ha, baru skang kau nak bersyukur? =p)

Bersyukurlah dgn cikgu Hem yg baik.
Bersyukurlah dgn Ayahanda yg baik.
Bersyukurlah dgn makanan dewan makan kita.
Bersyukurlah dgn peraturan sekolah kita.
Bersyukurlah dgn abang2 dewan makan yg baik.( EHEM AZAZ =p)
Bersyukurlah dgn Akak2 dewan makan yg baik.
BErsyukurlah dgn semua yg kita ada. eceh!


ok, bai!





Extra: Look yourself in the mirror first before criticizing others.

20 January, 2012

MY HEART WAS STOLEN. DAMN



My heart was stolen by him. Damn it

see more please click here



Extra: Look yourself in the mirror before criticizing others.

02 January, 2012

MATI DALAM KEKUFURAN DI TAHUN 2012



Assalamualaikum semua. Happy New Year jugak  =p orang lain wish aku pun nak gegedik gak wish.aha. Lama dah aku tinggalkan blog, dah nak dekat setahun. Semua gara-gara salahkan dia! Jangan marah aku k.lol. Now I'm back after a long long sleep.zzzzzz

Biasalah dah jadi penganggur lepasan spm ni mesti la try2 carik kerja right? Tapi belum ada rejeki lagi bangg. Aku bukan duduk bandar, so susah nak cari peluang pekerjaan =3 hehew. Apa lagi skang jadi ler penanam anggur yang tak berbuah.

Haa ni yang nak cter nih. Aritu aku pergi la jenjalan carik kerja, pastu ada la kerja kosong kat sebuah pasaraya yang jual baju. Pasaraya ^&$* nama dia. Pastu supervisor dia tanya la aku betul ke aku siyes nak keje and so on and so forth. Aku pun jawab lah ye kann. Then dia cakap, esoknya aku dah boleh keje start pukul 10 pg sampai pukul 10 malam. And I was like, "haaa??"

Dalam hati cakap, 'lamanya!!!'

Then aku pun tanyalah supervisor tu, rehat pukul brape dia bagi. Dia cakap kerja sampai pukul 1 ptg, then rehat sampai kul 2ptg. Okay lah tu kan aku dapat solat zuhur. Pastu dia cakap lagi, rehat petang dari pukul 6 sampai pukul 7 mlm. zzz yang ni aku pantang.

Aku: eh Aunty, tak boleh ke tukar waktu rehat dari 6.30 ptg sampai 7.30 mlm ? saya nak solat maghrib. Pukul 7 mlm belum masuk maaa.

Kira ok la kan dapat solat asar skali walaupun kul 6.30ptg baru solat. Sebab kedai tu tak sediakan tempat solat. so aku kena la balik rumah atau pergi tumpang kat memane kedai kalau nak solat.Tapi cina tu tak bagi...

aunty: "mana boleh, blablablabla. Itu orang kerja sama saya sudah 7 tahun maa.. Tak sembahyang pun."

Beliaw membebel sambil menunjuk ke arah seorang perempuan melayu bertudung (islam la kan) yg jugak pekerja situ. Aku terkedu sikit. Tapi sikit je arr. Pastu aku terus cakap ngan cina tu tak jadi ar kerja. You nak tak bagi masa sembahyang. Aku pong memblahkan diri.

Siyes terkejut tahap kambing aku bile dengar pompuan tu kerja kat kedai tu dah 7 tahun then tak solat. Wadepak? Dia tak kesah pun rehat bile ke, solat ke tak. zzzz Aku pun buat conclusion takpayah arr keje sebab kalau aku dapat duit banyak pun, tak solat kang mati time kerja tak naya aku. DAH MATI DALAM KEKUFURAN DI TAHUN 2012 NIH.  hmm.

Aku taknak mati dalam keadaan tak solat / kufur. So aku nak carik kerja lain lah nanti.

So korang2 pun jangan ingat nak carik duit jer lepas tu agama entah ke mana. Ingat, kita hidup ni bukan untuk cari duit jer. kita hidup untuk get ready ke akhirat. Jangan mati di pertengahan jalan kekeke. I mean, kalau mati pun biarlah yang senonoh sikit, dah sembahyang ape semua tu.

Tak sape tau bile dia mati. So get ready ah. bye
Till we meet again next  time .xoxo




Extra: Look yourself in the mirror first before criticizing others.

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX