16 March, 2011

Cerita Sesuka Hati #1



Cerita sesuka hati #Part 1




Aku orang susah. Femili aku penternak ayam dan lembu. Tetiap hari aku dok pikir macammana nak keluar dari kemelut kesusahan ni. Dok pikir pikir, akhirnya aku ada idea. Yeah, aku akan mencari kerja di Kolumpo.Kat mana? Kolumpo yer orang kampung. Jadi lepas ni kau orang dah tak boleh perlekehkan aku dan femili aku lagik.Sebab aku dah jadik orang Kolumpo tau.


Nak dipendekkan citer, aku jenjalan la kat kolumpo tu untuk mencari kerja. Tapi takde gak yang sesuai. Jalan punya jalan, aku ternampak satu iklan nih. Hati aku terdetik,


' Eh, macam best jer kerja ni ' 


Aku pun catat aa apa yang patut details yang ada kat iklan tu. Misi pencarian bermula. Kau nak tau tak kerja apa tu ? Ya... uji bakat... uju bakat Program Realiti Tv. " Akedemik Pantasnyaaa" . Juara boleh dapat 2juta tau. Jangan memain. Aku boleh beli sejuta lembu dan ayam awwww.


Nak dipendekkan citer lagi, aku pun menghadirkan diri ke uji bakat. Uji bakat tu dekat Dewan Bahasa dan Pustakawan. Nak menang punya pasal, aku pon pakai ah baju aku yang paling semat. Aku pakai seluar jeans , kemeja dan tali leher jenama GMB. Mahal awww . Oh, tak lupa juga , aku pakai crocs sploh hengget yang ku beli di Maydeeen.Takda sape boleh calen aku tauuu.


Selesai uji bakat, aku dipanggil untuk penentuan keputusan. 


" Mail, maaf. Awak tak terpilih. Try again next time."


Aku terpana.Dunia ku gelap. Impianku hancurrrr


"Ta.. tapi, tapi saya dah buat yang terbaik." suara aku bergetar dah. Pedih.


Juri tu hanye mampu menggeleng. Aku dah start nangis dah. oh no!


" encik..tolong laa terima saya. Saya janji akan perbaiki persembahan saya. Kalau saya tak terpilih, macam mana nak bagik lembu ayam saya makan???????????"


Ok, saya terima awak. Tapi jadik cleaner kat Dewan ni jer la.


Dunia aku gelap.Aku terbayang wajah sayu lembu dan ayam aku yang kelaparan. oh no !!


Untuk Cerita Sesuka Hati Part#2 Klik Sini




Moral of the cerita : Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan terlalu mengharap. Sekian. 





No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX