20 March, 2011

BERITA YANG PALING TAK BEST SEKALI

(Pelukis NARUTO dan ONE PIECE hilang dalam bencana tsunami ? oh no!)

oh my love !



Salam semua. Aku rasa tak best, sangat sangat tak best bila dapat tau berita yang sedih ni. Aku ni peminat manga. Hang cakap la manga apa, insyaallah semua aku tau. Cuma tak semua aku baca. Dah kata hobi baca komik mesti ah ader komik feveret kan ? Aku suka NARUTO,BLEACH,HITMAN REBORN,FULLMETAL ALCHEMIST dan banyak lagik. Yang paling suka yang 5 tu ah. Eh, FAIRY TAIL pun aku suka gak.SOUL EATER pon. Eshh, banyak sangat aku suka. 

Baru2 ni, lepas dah ader berita tsunami kat jepun, aku rase sedih gak aa sebab banyak pakwe2 hensem aku kat sana.Entah ape kabar Ikuta Toma ngan Kazuki Kato ek? Kanon Wakeshima pun entah apa laa nasib dorang. Tapi yang penting, kawan aku Shotaro Hattori masih selamat sebab dia baru contact aku kat fesbuk.=)  (eh, betul bhai aku ader kawan orang jepun.) Aku kenal dia time program bahasa jepun kat mana tah aku dah lupaa. Dia penah datang Malaysia, beberapakali.

Eh, back to the topic. Weh sumpah laa aku sedih sebab dengar dengar ura-ura pelukis/mangaka naruto ngan one piece dah hilang dihanyutkan ombak tsunami. Demm ah ! Aku nak naruto ! Nak naruto ! Cter tu panjang lagi, kalau Mashashi Kishimoto mati saper nak sambung ? Takkan nak suruh pelukis Bleach si Kubo Tite tu sambung lukis plak ? Kang ade naruto jadik hensem macam Ichigo plak, hihihi =p

Haish. Apesal la pelukis Naruto yang hilang ?Kenapa bukan pelukis pelukis lain yang tak pemes? Pelukis one piece nak hilang takpe aa aku tak kesah. Sebab aku tak minat cter tuh. 

Macammana ni weh ? Aku punya laa mengikuti cerita naruto daripada dia baru release tahun 1999 sampai la sekarang. ok tipu, cerita tu release kat malaysia tahun 2005 kalau tak silap aku. Aku suka giler weh citer naruto.Anime, manga,filem game semua yang berkaitan Naruto aku layan. Tapi.... kenapa macam ni kesudahannya ???????


Aku harap berita ni dusta semata. Tapi keluar kat CNN, takkan tipu plak ? Haish konpius aku. hmmm. 
Sedihnya  =( 


SOB-ing ! =(

19 March, 2011

Cerita Sesuka Hati #2





Cerita Sesukahati #part 2 (keinsafan)

Aku baru tamat belajar di Australia. yer, sebut betul betul jangan salah. Australia, bukan ostrolia. Dah aku blaja kat obersi, mesti la aku pandai kan? Tapi sepandai pandai aku melompat, ada banyak lagi persoalan yang merunsingkan fikiran aku. Aku sendiri tak tau jawapannya. Tu la, gatal lagi bertanya.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk menguji ketereran tok imam kampung aku. 

Aku : Assalamualaikum tok imam .

Imam: hah, kamu . waalaikumussalam. 

Aku: Rasanya, tok imam boleh tak jawab soalan 'killer' saya ni?

Imam: InsyaALLAH, dengan izinNYA saya akan menjawab pertanyaan kamu.

Aku : Jangan over confident sangat tok. professorrr dan orang bijak pandai pun takbleh nak jawab soklan saya ni. Hebat tak ?

Soalannya :

1. Tunjukkan kat saya bukti wujudnya tuhan .
2. Apa yang dimaksudkan dengan takdir ?
3. Syaitan dan neraka diperbuat daripada api. Tapi kenapa syaitan masih dicampakkan ke   neraka?

hah, jawab tok..jawab...

PANNGGGG !!!
(bunyi tok imam menampar aku)

Aku : Pehal ni tok imam? Tok marah kat saya ker ?

Imam: Tamparan saya tadi tu untuk menjawab ketiga tiga soalan kamu.

Aku: erkk ? Tak paham la ......

Imam: Sakit tak tamparan tadi ?

Aku : Mestilah !

Imam: Jadi kamu dapat merasakan kewujudan sakit tu ?

Aku: Tentulah !

Imam: Boleh tunjukkan bagaimana rupa sakit tu ?

Aku : Mana bole tok imam...

Imam: Hah, tu la jawapan untuk soalan pertama.Kita dapat merasakan kewujudan tuhan tanpa perlu melihat-NYA.

Aku terkedu.

Imam: Malam tadi kamu ada bermimpi tak yang kamu akan ditampar oleh saya hari ni?

Aku: TAK!

Imam: Itulah yang dinamakan takdir.

Aku terkedu lagi.

Imam : Tangan saya ni diperbuat dari apa?

Aku : Kulit.

Imam: Pipi kamu pun diperbuat dari kulit kan ? Kalau ALLAH nak, DIA boleh menjadikan neraka tu tempat paling menyakitkan bagi syaitan walaupun diperbuat dari benda yang sama. Macam tamparan tadi.

Subhanallah.. 
Seorang imam berjaya menjawab soalan soalan yang tidak boleh dijawab oleh orang bijak pandai yang aku kenal............. Astagfirullah..ampunilah dosaku tatkala aku takbur dengan ilmu yang aku perolehi.

Aku terkedu lagi.

Ceh asyik terkedu jer .

Moral of Cerita : Jangan pandang rendah dengan imam kampung awwww. Dan janganlah takbur dengan ilmu yang ada. =)






(˘⌣˘)ε˘`)

16 March, 2011

STATUS KONTROVERSI


Salam semua bloggers~ hye hye dan hye =P
Semenjak dua menjak ni. Aku seringkali updated status fesbuk yang akan mengundang kontroversi dan menaikkan kemarahan orang. haha. Aku bukan la nak cari publisiti macam artis artis yang berkontroversi tuh. Aku hanya luahkan ape yang aku fikir. Gasak hang la nak terasa ka, terfeeling la atau segala terr. Apa yang aku cakap memang berkenaan dengan yang hidup atau yang mati. =p hak hak.

Abes ah pasni mesti ramai yang dok block aku dan ramai yang anti aku. Lagi lagi para remaja seusia aku yang menggunakan bahasa RemPiTzzZZ.  Nanti mesti yang siap buat fan page.Hahaha, maklumla skang kan musim fan page. Sikit sikit fan page anti itu la, anti ini la.
Geez

Contohnya:

Cerita Sesuka Hati #1



Cerita sesuka hati #Part 1




Aku orang susah. Femili aku penternak ayam dan lembu. Tetiap hari aku dok pikir macammana nak keluar dari kemelut kesusahan ni. Dok pikir pikir, akhirnya aku ada idea. Yeah, aku akan mencari kerja di Kolumpo.Kat mana? Kolumpo yer orang kampung. Jadi lepas ni kau orang dah tak boleh perlekehkan aku dan femili aku lagik.Sebab aku dah jadik orang Kolumpo tau.


Nak dipendekkan citer, aku jenjalan la kat kolumpo tu untuk mencari kerja. Tapi takde gak yang sesuai. Jalan punya jalan, aku ternampak satu iklan nih. Hati aku terdetik,


' Eh, macam best jer kerja ni ' 


Aku pun catat aa apa yang patut details yang ada kat iklan tu. Misi pencarian bermula. Kau nak tau tak kerja apa tu ? Ya... uji bakat... uju bakat Program Realiti Tv. " Akedemik Pantasnyaaa" . Juara boleh dapat 2juta tau. Jangan memain. Aku boleh beli sejuta lembu dan ayam awwww.


Nak dipendekkan citer lagi, aku pun menghadirkan diri ke uji bakat. Uji bakat tu dekat Dewan Bahasa dan Pustakawan. Nak menang punya pasal, aku pon pakai ah baju aku yang paling semat. Aku pakai seluar jeans , kemeja dan tali leher jenama GMB. Mahal awww . Oh, tak lupa juga , aku pakai crocs sploh hengget yang ku beli di Maydeeen.Takda sape boleh calen aku tauuu.


Selesai uji bakat, aku dipanggil untuk penentuan keputusan. 


" Mail, maaf. Awak tak terpilih. Try again next time."


Aku terpana.Dunia ku gelap. Impianku hancurrrr


"Ta.. tapi, tapi saya dah buat yang terbaik." suara aku bergetar dah. Pedih.


Juri tu hanye mampu menggeleng. Aku dah start nangis dah. oh no!


" encik..tolong laa terima saya. Saya janji akan perbaiki persembahan saya. Kalau saya tak terpilih, macam mana nak bagik lembu ayam saya makan???????????"


Ok, saya terima awak. Tapi jadik cleaner kat Dewan ni jer la.


Dunia aku gelap.Aku terbayang wajah sayu lembu dan ayam aku yang kelaparan. oh no !!


Untuk Cerita Sesuka Hati Part#2 Klik Sini




Moral of the cerita : Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan terlalu mengharap. Sekian. 





13 March, 2011

SAYA PELAJAR TINGKATAN 5

Salam semua =)
Ini segmen khas dari BPM. BPM= Blog Pilihan Malaysia ye kawan kawan

Aku bersekolah dekat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar,Melaka. Ye, aku sekolah kat Melaka tapi aku tinggal di Johor. Hahh, pelik ? Apa  nak peliknya, asrama..

ni gambar sekolah aku. i'm proud to be SISME ! =) saya sayang sekolah saya!


ni gambar dengan rakan sekelas =) Aku yang paling hujung dari kanan pakai baju hijau 
.Bukan yang angkat ketiak ok . 

Aku minat subjek matematik moden, matematik tambahan dan biology. 
Cikgu yang mengajar : Modern maths - cikgu Azrin
                                  Add maths - cikgu Am
                                  Biology- cikgu Hafizah

Aku suka subjek subjek tu sebab cikgu yang mengajarnya ceria dan funny. Takkan membuatkan aku bosan. 
Oh ya, BPM cakap entri segmen ni kena buat dalam bahasa baku. Aku takde hal lah, sebab aku tulis entri ni kat blog pun memang bahasa baku selama ni =p heehee. Saya tak suka bahasa rempitzz yang seperti ini :

aQue tOuLis suKEw2 jeW.

Maaf, aku bukan seperti itu.


Kenangan menarik masa sekolah banyak sangat. Tak terkira. Tapi apa yang aku suka waktu masuk semua aktiviti yang SBP anjurkan seperti HKSBP,PERFECT SCORE dan lain lain. Aku masuk HKSBP HOKI dan 
english drama. English drama menang BEST SCRIPT tau. Jangan main main =p. Tahun ni aku masuk lagi. Jadik hang jebat. heehehee

ok, tu je. bye! 

p/s: Aku start berblogging dari form 2. Saja saja suka suka =p  


(˘⌣˘)ε˘`)

CONTEST : JOM COVER MULUT


CONTEST: Jom Cover Molot  by err.. by YANA


klik ahh gambar :)


ni la gambar yang aku pertaruhkan =p  hehehee

hah, ni lah contest yang senang aku penah join. Pengajurnya tak cerewet. Senang je syarat2 contest ni.
Tarikh tutup 16 mac 2011 !   the more the merrier ~ 

2  orang yang aku TAG:


(˘⌣˘)ε˘`)

12 March, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN


Aku menjoinkan diri di dalam segmen Ben Ashaari. Layan zass

Soalan ini perlu dijawab oleh blogger PEREMPUAN
    1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar 
      ikhlas ?


      Ada yang ikhlas dan ada yang tak. Kadang2 poyo je lebih, perempuan pun sama je.Kadang2 apa yang dicakap tu lelaki buat jugak betul kan ? :P heehee.

    2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?


      Mungkin kerana ketiadaan six pack. Jadi mereka malu. kah kah kah :P

    3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..


      Majoriti yang suka suka. Tapi ramai gak yang nak duit :P  Perempuan juga tak terkecuali. hekhek :O

    4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?


      Kalau hensem kot. Jadi perempuan follow aa. ( Aku pun selalu buat gitu ) Tapi bergantung gak aa. Biasanya entri kaum lelaki klaka klaka. Sampai kentut berair aku baca. :P  hiperbola giler

    5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..

      Akaltunjang dan Terbang Tinggi Tinggi.

    6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..

      Cerita merepek yang mampu membuatkan semua orang kentut berair bila baca.


      Ok abes. Jangan marah plak ea blogger lelaki yang terbaca.Kalau tak puas hati boleh cakap. Aku tunggu kat simpang kita settle. Boleh bawak geng.Kalau nak one-to-one pun boleh gak.haha. bye ! :P


      moh aa join ---> SINI 

 (˘⌣˘)ε˘`)

SELAMAT HARI LAHIR MAMA :)


ceh, sila abaikan muka aku yang kurang lawa  tu =.='

Nothing much to say. Mama, happy birthday =) Mama tetap awet muda. hehehee.

Birthday aku, 28 april, birthday adik aku, 24 mac. Mak aku plak 12 mac. Bapak aku cakap nak sambut trio teruss. Eh, mana boleh ? Aku nak yang spesel punya ! =,=' huhuuu. Mana boleh kongsi2 =p hahaha

Bye ~ !

Dah baca tu scroll la bawah =p ehee

(˘⌣˘)ε˘`)

11 March, 2011

CEH , ADA ORANG TAK KENAL AKU RUPANYA



Ceh =p  Salam semua.

Ceh lagi sekali. Tajuk aku punyalah tak boleh blah. Kalau kengkawan aku bacer buat malu je =p hahahh. Aku tulis tajuk cenggini sebab ada orang tak kenal aku. 

Citernya camni.. aku kan sekolah lagi kan. Masih kanak kanak ribena, 17tahun. Aku sekolah kat Melaka la kan, SBPI Selandar. Sekolah aku tu memang student dia ada had. Lebih kurang 500-600 je setahun. Tak sampai ribu riban ponnn.

Lepas tu, kawan aku citer. Namanya terpaksa dirahsiakan. Sebab kang orang tersebut baca kantoilah
 kan ? =p  Orang tersebut tu orang yang tak kenal aku tu laaaaaaa. Ada ke patut, dah 4 tahun sekolah tempat yang sama dengan aku, dia boleh tanya aku ni siapa dekat sorang kawan aku yang lain. CEH sekali lagi.

Kalau student sekolah aku tu sampai 5000 tak pelik ahh kan tak kenal aku. Ni 500 lebih je brader. Ape crite ni ? =p Memang nak kena hentak kepala budak tuh. =p hahaha.

Apsal ah dia tak kenal aku ? Low profile sangat ke aku nih? Humble sangat ke? Kah kah kah kah =p Bajet giler ayat. ok bye !


P/s : Aku burung dan dia cacing =) ohh Terui 


(˘⌣˘)ε˘`)

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX