26 February, 2011

5 Blog yang aku wajib bukak


Salam sumer. Aku bukan blogger pemes, dan aku kompemlah takkan jadik macam Fatin Liyana,Cik Epal Irine Nadia, Kak Intan dan lelain. Tapi, aku suke sangat baca blog dorang. Asal balik rumah je, blog dorang yang aku terjah dulu. ahha! Siapakah mereka yang bertuah tu ?  =p

1. sis Intan Nurul Fateha.


Credit : Kak Intan

Kak Intan ni kawan kakak aku. Since kakak aku kenalkan blog dia kat aku, terus jadik silent reader. Awal awal lagi den dah folo. Walaupun cerita dia merepek, aku tetap bace. Dah  feveret kan ? Kak Intan suka minum Cool Blog. Aritu ada orang belanja aku cool blog =p. Ok tipu, aku yang mintak belanja,padahal besday dia. Hahaha :P 

2. Fatin Liyana.


credit: Fatin Liyana

hah, yang ni plak, kompem2 la korang kenal kan______.  Aku selalu baca blog dia sebab dia ex-sekolah aku. So, kira berbangga la kan ni :P hehehh. Tapi dia jarang update laaa



3. Brader Hiro.

credit: Hiro

hohh,ni aku suka giler baca sebab ayat dia sempoi. Dan banyak memberi keinsafan secara haluss gituu. Banyak gak orang komen yang ngutuk2 kat blog dia. Tapi brader ni chill je ok.Tabik spring !

4. Cik EpaL.


credit: Cik EpaL

Ni toksah cakap aa. Aku suka giler tengok dia gi jalan2 makan2 dan macam2 lagik.Aku paling suka kalau tengok gambar dia makan kat CHILI'S. hehehh

5. Blog Junior aku.

haha, :P
Siapa ? heh, ado laaaa. CLICK HERE.

That's all for today,kite jumpa lagi dalam segmen seterusnyaaaaaaaaa. Bye !
(˘⌣˘)ε˘`)

25 February, 2011

3 Week yang aku rasa penat gila macam nak mampuih

Mak aih panjangnya tajuk. Serious aku cakap, 3minggu ni banyak sangat perkara aku nak kena settlekan. Yang paling tak boleh blah aku kena  jadi judge untuk pemilihan bebudak yang layak masuk English Drama Team. Kui kui kui. Gile poyo. Aku buat audition ala ala akademi pantasssia gamaknya. kahkahkah.


Mula mula aku buat pengumuman sesiapa yang nak cuba nasib masuk audition. Then bila nama dah genap 50 orang, aku pun jalankan la audition pada malam rabu ye. Setiap orang bebas buat cerita papepun, yang penting cara dorang menyampaikan cerita tu unik dan tak hambar.


Pesaingan sengit, konpius gak aku nak choose siapa yang layak. Tapi dengan bantuan 2 orang geng drama yang lain, berjaya gak pilih. Terseliuh otak gue. Ada satu part tu, aku bagi situation kendian suruh dorang berlakon. Situation orang nak beranak. huahuahua. Ada gak aku suruh buat situasi orang mati laki.


Tapi kan, bila sampai masa nak memilih orang orang yang layak.. aku jadi penin. Antara nak pilih yang talented atau nak pilih yang aku kesian tengok muka dia. =(  siryes aku lemah bila tengok orang muka sedih.Aku yang rasa nak nangis. wuaaaaa


Maaf kepada mereka yang tak terpilih. Aku sayang korang , but i must be a professional judge. i'm sorry =(


The chosen 15-


1.  Ainul Izzati
2.  Ainunul Khalilah
3.  Farah Nur Athirah (already in drama team)
4.  Luqman Yusof
5.  Kamil Naim
6.  Haziq Asyaraf
7.  Anis najwa ( already in drama team)
8.  Faiz Luqman
9.  Israf Rifqi
10.Farah Nabilah
11.Nur Afiqah
12.Zaki Salleh
13.Aina Fitri
14.Anis Syahirah
15.Nor Adibah (eh, opkos la guwa termasuk, kata directorrrrrr kan kan ? =p) Takbolehblah



ni gamba aku kat nando's KL. Makan makan ngan dak rehaannnn =)


(˘⌣˘)ε˘`)

16 February, 2011

Kematian Akibat Kencing Tikus





Salam semua. Lagi kes kematian disebabkan virus kencing tikus. Aku sekarang dalam kesedihan. Kawan aku, Arwah Zulhaili dah meninggal dunia semalam akibat virus kencing tikus. Dia tengah PLKN , pastu ada aktiviti bangang ntah apapa yang kena masuk air kotor+lumpur bagai tu kan. Lepas tu dia terkena la jangkitan kencing tikus daripada air kotor tu. Wadehel lah masuk2 air kotor ni ?? Bagi aku sploh faedah buat aktiviti merepek tu.
Kalau betul la nak berkhidmat untuk negara, lebih baik buat aktiviti khidmat masyarakat ke, apa ke. Lagi baguss. Aku rasa PLKN ni patut dihentikan lah. Banyak keburukkan daripada kebaikan. 


Apa yang sedih pasal arwah ni, dia macam dah tau tau yang dia nak pergi tinggalkan kitorang =(  sebelum pergi PLKN, dia memang giler2 taknak pergi PLKN tu. Tapi mak dia suruh gak.. pastu waktu mak dia tanya flight pukul berapa ? Dia tipu, dia jawab flight pukul sepuluh dengan harapan dia terlepas flight. Padahal flight dia time tu pukul 9 pagi. 


Sampai sampai je KLIA, flight tu delay. So, dia masih sempat naik kapal terbang tu. hmm,tu la ajal maut ditangan tuhan. Memang dia dah ditakdirkan untuk meninggal kat Sabah.. Buat apa pun tetap ajal jugak... Sedih aku bila dengar cerita cikgu A tadi. =( meleleh-leleh air mata guwe. 


Sekarang, satu sekolah tengah sedih sebab pemergian dia. Kawan aku, ASMARIDATUL AKMA siap amik buku mathematics modern arwah. Apa khabar la awek dia ye ?


AL-FATIHAH BUAT ARWAH ZUHAILI.
Dah dua orang kawan aku meninggal, sedihnya =(









(˘⌣˘)ε˘`)

03 February, 2011

Aku Dapat Textbook Fatin Liyana Weh !

credit : Fatin Liyana. Gua bukan copycat ok ? =p hee.

Hah , mesti korang kenal Fatin Liyana kan ? Kalau tak kenal tu maybe korang tinggal dalam gua. Entah entah, orang dalam gua pun kenal. Kanibal ape semua tu kenal si Fatin Liyana ni =p hee.

Seperti yang korang tau, (betul ke korang tau ?) sisi Fatin Liyana yang cute tu ex-sekolah berasrama penuh integrasi selandar ok ? Sekolah tu sekolah aku jugak. =p  teehee. Tahun ni, time aku nak tulis nama kat buku teks, tupp tupp tengok ada nama Fatin Liyana Asri. 

Eh , aku dapat buku teks dia la weyy ! =p  (kecoh syiak) kuikuikui. Tulisan dia comel, macam macam orangnya =) Aku dapat buku teks addmath dia. Dulu , dia belajar kat kelas 5 Edison. Budak kelas tu memang pandai2. Ehem2 , sis Fatin , nak datang sekolah balik ? Boleh buat program alumni. eheehee. Bajet dia baca je blog aku =p 

Sekarang ni banyak blogger yang cari publisiti murahan dok kutuk2 Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia la ape la. Aku rasa dorang jeles tu sebab tak lawa. Tapi kalau laki plak, dia jeles kot sebab depa tak boleh nak pakai tudung dan shawl ? ehee. 

Kekadang aku terpikir, bila dorang buat entri kutuk2 camtu, orang lain datang komen, tu yang dia suka. Publisiti murahan. Cuba kalau dia buat entri kutuk orang sana sini, kita ignore je. Dia tengok 0 komen. Mesti dah tak buat lagi dah pastu.eheehee. 

Tak paham aku orang orang macam ni. Papepun, Kak Fatin Liyana, sila datang sekolah sbp integrasi selandar balik, dah majuu woo . =p  kehkehkeh.  Cikgu Shafar dah pindah =( huhuu.  

(˘⌣˘)ε˘`)

02 February, 2011

Kesian Mereka Yang Aku Tak Sedar Akan Kehadiran Mereka


Eh, ape la tajuk macam k***ng. =p kuikuikui. Nak buat macam mana dah tu yang terlintas. Sebenarnya aku nak cakap pasal mereka yang aku tak sedar akan kehadirannya. Sekali lagi ayat putaq belit. Paham tak ? Tak paham gasak ahh . 

Ekceli , baru baru ni. Ada la 3-4 orang add aku kat fesbuk lepas tu tegur2 aku. Cakap lame tak dengar cerita la itu la ini la. Tu boleh blah lagi. Sebab dorang kengkawan lama aku. Tapi ada satu ni tak boleh blah. Dia add aku pastu tegur2 macam la yang kitorang ni dah kenal lama. Aku pun pelik ahh. Pehal plak mamat ni kan. Gaya macam dah kenal lama. Pastu aku tengok la profile dia.Info dia gambar ape semua. Tak kenal pun. Jadi aku hambik keputusan nak tanya la mamat tu. Kenal ke aku ni ?

Dia jawab 
"Mesti lah kenal !"

Eh, wadahel. Aku betul2 tak kenal. Pastu tengok la info dia lagi. Rupanya budak sekolah aku.. Dia senior aku. Time aku kecik2 dulu. Form 1, dia form 4 ke form 5 ntah. Dia cakap since aku form 1 dia dah kenal. Sampai skang dia pun dah abis skola dan dah nak abis study. Ohh, kesian siak dia, aku gila lupa siapa dia.
(sebenarnya langsung tak ingat) 

Maaf la hencek senior. Aku lupa kau. Takde dalam kotak memori plak. ehee =p  

Sesaja : Agaknya dulu dia just stalk aku dari jauh kot ? Tu aku tak prasan. Ahaha gila bajet siak aku =p   ehee. 


Saje selit gambar yang aku hambik time banjir aritu =p

(˘⌣˘)ε˘`)

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX