29 January, 2011

ADAKAH INI SATU PENYAKIT ?

Salam semua. Dah lama aku tak tulis entri life. Dah sebulan asyik auto publish je. Baru-baru ni kan, aku macam dah dijangkit penyakit [ NO RESPONSE ] erk.. ada ke penyakit tu ? Entah la brader, aku main tulis je. Aku bukan study medic dedic neh. kehkeh. Berbalik kepada diri aku tadi. Aku sekarang ni dah macam jiwa tenang je. Bila baru nak start bertengkar atau menegakkan keadilan dengan orang lain, aku jadik malas. Contohnya macam ni :

Si polan A : Macammana nak buat soklan ni ea ?

Si polan B : Entah aku taktau.

Aku : oh , kalau nak buat soklan ni, kau kena baca bab ni dan bab ni. Pastu darab, tambah , bahagi, tolak, dan  blablabla.

Si polan A : Ye ye je kau. Bukan ke macam ni ?

Aku : Tak la, macam ni.

Si polan A : Macam ni la ! Aku tau la!

Aku : Arghh, sukatilah.


Tu contoh satu, aku malas giler nak cakap lagi sebab si polan tu tak paham bahasa. chett. Pastu junior aku kena transfer kat room lain. Kawan2 aku sume sibuk dok nangis2 then peluk2.. Pujuk rayu la, dan memacam lagi. Tapi aku hanya pandang tanpa reaksi dan terus berskipping sebanyak 50 kali.Maafkan aku wahai adik junior. Akak tak mampu dah nak menangis. =(

Waktu dalam kelas pun, macam takde respon je orang cakap. Mulut aku makin berat sekarang. Buat kerja pun, aku duduk sensorang then buat sensorang. Tak paham baru tanya orang. Bergosipp pun dah kurang sekarang =p kuikuikui.. Macam petanda  baik.  Mungkin, siapa tahu.

Sebab diam tu kan ibadah . kehkeh.

Selingan : Kesian plak kat kawan2 aku bila bercakap aku takde respon. Aku pun tak tahu kenapa.
                  Simptom2 penuaan kot ? =p 

oh , gambar ni sangat sweet. credits : Google
(˘⌣˘)ε˘`)

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX