05 September, 2010

KUALITI BUKAN KUANTITI

Salam, dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Merujuk kepada entry aku yang lepas, berkenaan istighfar..
Istighfar ialah penawar kepada dosa... tetapi, zaman sekarang ni orang lebih ramai mementingkan kuantiti daripada kualiti.. Tak paham?

Macam ni... kita sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w. beristighfar dalam lingkungan 70-100 kali sehari..
Ia adalah satu perkara bagus yang menjadi ikutan... alhamdulillah. Tapi!
Adalah lebih baik istighfar dan zikirullah dilakukan seikhlas hati... walaupun hanya 20 kali sehari... tak mengapa, asalkan ianya ikhlas dari lubuk hati kita.

Mungkin, istighfar yang dilakukan seikhlas hati walaupun hanya 20 kali, bakal menyamai zikir sebanyak 100 kali? Wallahualam.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Pokok nya, semuanya datang daripada hati..
Jika kita ingin berjaya, hatilah pangkalnya.
Jika kita ingin bertaubat,hati lah pangkalnya.
Jika kita ingin beribadah, hatilah pangkalnya.
dan jika kita ingin berubah, hati juga pangkalnya.



5 comments:

iqbalsyarie said...

Ya...istighfar harus dilakukan dgn ikhlas.Sesiapa yg beristghfar dgn niat mahu bermain-main,maka dia memerlukan istighfar(taubat) kedua,iatu taubat dosa dan taubat kerana bermain-main.

huhu..scary juga kalau direnung..huhu

TERBARU: Bayyinat-penjelasan

Diba chan said...

ha'a... btl2... ;D

ProfHariz said...

Saya setuju dengan kenyataan diba :)
biarlah istighfar kerana allah...
kan lebih baik

Ckin Kembaq said...

asal buat ja satu kesalahan,istighfar balik...insyaAllah akan diampunkan Allah..

Diba Chan said...

Insyaallah...
ALLAH tu maha pengampun

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX