04 September, 2010

ALASAN APA LAGI? Part#2


Seorang yang sakit ditanya dengan pertanyaan yang sama,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si pesakit beralasan bahawa dia tidak punya waktu dan tenaga untuk beribadah kerana derita sakitnya.

Cubalah dia ingat bahawa derita penyakitnya itu tidaklah seberapa dibandingkan dengan penderitaan yang pernah dirasakan oleh Nabi Ayub a.s.

Alasan apa lagi?

Ketika pertanyaan yang sama ditujukan kepada fakir miskin.
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si fakir miskin menjawabnya bahawa dia tidak punya waktu untuk beribadah kerana kemiskinannya.

Apakah dia lupa bahawa dia tidaklah lebih miskin dari Nabi Isa a.s. yang terpaksa makan dedaun dan minum air hujan?

Alasan apa lagi?

Seorang yang tidak berpendidikan ditanya,
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si jahil membuat alasan bahawa dia tidak mamapu untuk beribadah kerana ilmunya rendah.

Lupakah dia bahawa Nabi Muhammad saw itu tidak tahu membaca dan menulis?

Alasan apa lagi?

Allah telah berfirman dalam Surat Adz-Dzariyat ayat 56:
" Tidak semata-mata Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.."

 

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX