04 September, 2010

ALASAN APA LAGI? Part#1

Ketika seorang yang kaya raya ditanya,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si hartawan beralasan bahawa dia tidak punya waktu untuk beribadah kerana seluruh waktunya dihabiskan untuk mengurus kekayaannya.

Mungkinkah dia lupa bahawa kekayaan yang dia miliki tidaklah sebanyak NabiSulaiman a.s. di mana baginda
menjadi lebih taqwa dengan bertambahnya kekayaan.

Alasan apa lagi?
Astagfirullahalazim

Pertanyaan yang sama ditujukan kepada seorang karyawan,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si karyawan beralasan bahawa dia tidak punya waktu kerana sibuk denga pekerjaannya.

Mungkin dia lupa bahawa dia tidaklah sesibuk Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi ketua negara disamping panglima perang dan juga pendidik umat.

Alasan apa lagi?

Begitu juga seorang hamba sahaya ditanya,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si hamba sahaya berkata bahawa dia tidak punya waktu untuk beribadah kerana sibuk melayan majukannya.

Tidakkah dia lupa bahawa dirinya tidaklah sesibuk dan sengsara seperti NabiYusuf a.s.?

Alasan apa lagi?

TO BE CONTINUED.....Penat aku menaip.Nanti sambung.



 

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX