29 September, 2010

DEMAM FACEBOOKING ?

Salam semua~

Seperti yang kita tau, facebook sekarang dah menular di kalangan penduduk Malaysia.
Nak tau kenapa aku tetibe bilang sebegini rupe?

Erm.. sebab aku tengok kawan-kawan aku sendiri macam tu. Sampai ada yang tulis status kat whiteboard, then ada ramai2 komen... siap nak tulis "you and 5 others like this" 
apekejadahnye ?? (padahal dekat whiteboard je)

Apa nak jadi ? Entah.

P/s: anak muda sekarang semakin leka..  (macam la aku ni bukan anak muda) kui3


            

28 September, 2010

ATU DITAG LAGI, JUGA OLEH SI POLAN







1- Name one person who made u laugh last night?

Nurul Najwa

2- What were u doing 1 hour ago?

I ate nasi+ayam sambal 
3- What was da last thing you said out loud?

yay!

4- Where's da next place you're going to?



Toilet

5- What was da last thing u paid for?

ehemm... triple cheese burger
6- Where were u last nite?
Japanese class
7- What's da best ice-cream flavour?
Strawberry
8- Do u wanna cut your hair?
of coz
9- Do u love to 'melatah'?

No and never

10- If that so(melatah), what will u said out loud?

NEVER

11- What does da last text-msg received say?
"bye, tc."
12- Will u get married in da future?

InsyaAllah 

13- Do u chew on your straw?

Sometimes

14- Do u make-up your own words?
Yes, 'jimbet paranoyaa'
15- Is there anyone u like/love right now?

yes

16- Tag to other 5 bloggers/more

erm..











 

23 September, 2010

KENAPA MESTI DIA ?


why must be him?

Apa yang korang rase bile kawan sendiri macam kacang lupakan kulit?

Susah cari aku, senang blagak pulak tu.

Mesti la BENGANG kan dengan orang camni ?

Next time kau tak payah la mintak tolong aku.Mintak la tolong kat orang 

yang kau back-up tu!



08 September, 2010

PERANGAI MACAM SETAN, HUH!!



Tajuk entri takde kena mengena oke? =p

Assalamualaikum..

Firstly, aku nak cakap, ini bukanlah entri lepas geram.. Aku teringin nak ucap selamat hari raya, tapi macam stereotype je. Sume blog ada cakap pasal raye..  =p

Ape2 pun, aku nak cakap gak, SELAMAT HARI RAYA kepada sahabat handai dan followers yang seramai 113.. Maaf ZAHIR je.. sebab aku takdak hal batin dengan korang... wakaka.

Ucapan Slamat Hari Raya ni aku tujukan khas kepada;
- Ibu Bapa =)
-Sedara mara. =p
-Adik beradik aku, (kalau rase diri tu adik bradik dgn aku, yela tu..)
-Si dia  =p yang jauh nun di sana..
-My bestfren, Raihan, Aifa, Jalil.
-Teman blogger, yang paling rajin mengkomen2 kat blog aku ni-----.>IqbalSyarie 
-Dan kepada Amirul Hadi.. terima kasih sebab sudi layan kegilaan aku selama ni =p
-Irfan NurAzman, yang bersama-sama memerangi boss dan menemani aku di Mafia Wars. haha.




WAH! CANTIKNYA RAMBUT AKU!



Time ni, tudung aku serabai sikit ;p


bekas kekasih saya ialah :
Patut ke bagitau ? ;p
saya sedang mendengar :
eenie meenie by jb ;p
mungkin saya patut :
study sekarang jugak T___T
saya suke :
Main Mafia wars ;)
sahabat baik saya :
Siti noor Aifa dan Jalil ;p
saya tak paham :
kenapa nuffnang aku duit naik sikit je ? ;(
saya kehilangan :
handphone 
ramai yg berkate :
aku ni cheerful ;p betul ke ?
makna nama saya :
berpengetahuan tinggi/luas
cinta itu :
suci ;p
di suatu tempat , seseorang sedang :
makan meruku ;p
saya akan cuba :
dapatkan A+ dalam addmath 
ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever ;p
telefon bimbit saye :
takde la! ko tak
bile saye terjage dri tidur :
tido balik laaa
saya paling meluat apabila :
Orang tak paham bahasa beb!
pesta/party adalah :
no komen
hari ini :
berlalu dengan pantas ;p
esok pula saye akan :
cuba untuk study la
saya betol betol inginkan :
Dslr 
ketika anda melihat wajah anda di hadapan cermin hari ini :
Wah! cantiknya rambut aku! ;p
makanan Segera adalah :
sodapp
ayat terakhir yg anda katakan kepada seseorang :
dik, pegi solat la. 
apakah perasaan anda sekarang :
rinduu ;p
saya tak suke :
cicak, geli beb
impian saye :
Nak berlakon dengan matsuyama kenichi, boleh ? ;p
saya harap kan :
saya dapat jumpe kazuki kato
jika bole putarkan masa :
aku takkan sakiti hati dia langsung ;(
saya pada 10 tahun akan datang :
Aku dah kawin!~ ;p hahah
saya pernah bercinta sebanyak :
9+5-25= ?
pernah dikhianati :
pernah la, tapi semua perkara lepas, i dont mind ;p



07 September, 2010

LELAKI TERKACAK ABAD INI !!

Havoc havoc! =D
Aku nak bagitau semua, lelaki terkacak pada abad ni!
Tadaa......Mohd Jalilludin.hehe.
 

Nama gelaran dia JAY.
Tapi aku suka panggil dia SARU.
Kenapa ?
Adalahh... haha.

Tujuan aku buat entri ini, untuk credit mamat tuh,
sebab, dia banyak tolong aku..
bagi semangat..kalau aku tengah risau+gusar..
chop...chop.. dia bukan boyfren gua ea..
Bagi aku, dia la besfren terbaik aku penah dapat.
Selalu bersama disaat susah dan senang.. =)
Aku pun tak tau kenapa, aku boleh citer sume 
masalah dekat dia, tanpa segan silu.chewahh.

Anyway, thank you very very much!
sebab sanggup tolong aku selama nih. =)
I owe you thousands dude.

>_________< !

p/s: jangan marah ea, aku letak gamba kau. ;p




06 September, 2010

BELAJAR DARI ISRA' MIKRAJ

"Dirikan lah sembahyang dari gelincir matahari hingga kegelapan malam dan quran fajar (sembahyang subuh.Sesungguhnya Quran fajar itu disaksikan oleh malaikat"- Surah Al-Isra' ayat 78
 
Marilah kita menunaikan solat, kerana solat itu;

1.Tiang agama.
2.Suruhan wajib ALLAH ta'ala.
3.Perkara pertama yang di hisab diakhirat.
4.Menjauhkan diri dari maksiat.
5.Mengelakkan dari seksaan kubur.
6.Mengelakkan azab api neraka.


 

05 September, 2010

KUALITI BUKAN KUANTITI

Salam, dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Merujuk kepada entry aku yang lepas, berkenaan istighfar..
Istighfar ialah penawar kepada dosa... tetapi, zaman sekarang ni orang lebih ramai mementingkan kuantiti daripada kualiti.. Tak paham?

Macam ni... kita sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w. beristighfar dalam lingkungan 70-100 kali sehari..
Ia adalah satu perkara bagus yang menjadi ikutan... alhamdulillah. Tapi!
Adalah lebih baik istighfar dan zikirullah dilakukan seikhlas hati... walaupun hanya 20 kali sehari... tak mengapa, asalkan ianya ikhlas dari lubuk hati kita.

Mungkin, istighfar yang dilakukan seikhlas hati walaupun hanya 20 kali, bakal menyamai zikir sebanyak 100 kali? Wallahualam.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Pokok nya, semuanya datang daripada hati..
Jika kita ingin berjaya, hatilah pangkalnya.
Jika kita ingin bertaubat,hati lah pangkalnya.
Jika kita ingin beribadah, hatilah pangkalnya.
dan jika kita ingin berubah, hati juga pangkalnya.



04 September, 2010

ALASAN APA LAGI? Part#2


Seorang yang sakit ditanya dengan pertanyaan yang sama,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si pesakit beralasan bahawa dia tidak punya waktu dan tenaga untuk beribadah kerana derita sakitnya.

Cubalah dia ingat bahawa derita penyakitnya itu tidaklah seberapa dibandingkan dengan penderitaan yang pernah dirasakan oleh Nabi Ayub a.s.

Alasan apa lagi?

Ketika pertanyaan yang sama ditujukan kepada fakir miskin.
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si fakir miskin menjawabnya bahawa dia tidak punya waktu untuk beribadah kerana kemiskinannya.

Apakah dia lupa bahawa dia tidaklah lebih miskin dari Nabi Isa a.s. yang terpaksa makan dedaun dan minum air hujan?

Alasan apa lagi?

Seorang yang tidak berpendidikan ditanya,
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si jahil membuat alasan bahawa dia tidak mamapu untuk beribadah kerana ilmunya rendah.

Lupakah dia bahawa Nabi Muhammad saw itu tidak tahu membaca dan menulis?

Alasan apa lagi?

Allah telah berfirman dalam Surat Adz-Dzariyat ayat 56:
" Tidak semata-mata Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.."

 

RESEPI MEMBUAT DORAYAKI




Bahan-bahan;
-satu kilo tepung naik sendiri (self-raising flour)
-2 biji telur
-susu full cream.1 kotak setengah.. jenama, ikut keselesaan.
-minyak jagung
-inti kacang merah/kaya

Cara-cara;
1.Panaskan frying pan, dan sapu sedikit minyak jagung.. sikit je jangan banyak sangat.
2.Buat adunan tadi lebih kurang saiz penumbuk je kat atas kuali tu..
(adunan tepung+susu+telur)
3.Jangan tekan adunan atas frying pan tu. Biar dia kembang macam dorayaki kat atas tu.
4.Terbalikkan sekiranya perlu.
5.Bila dah masak, sapukan inti kacang merah atau kaya.

Siap~! *macam di atas.


DOSA ITU ADALAH PENYAKIT DAN PENAWARNYA ADALAH ISTIGHFAR.

 
Salam,
Seperti kita semua sedia maklum, manusia tidak akan terlepas dari dosa.Setiap hari akan terbuat atau sengaja buat dosa. Dosa tu adalah penyakit, dan penawarnya adalah istighfar.

Bagi mengelakkan hati leka dan lalai, maka istighfar lah. Kerana istighfar mempunyai fadilat tersendiri.
Istighfar juga dapat menebalkan iman dan taqwa.
Sesungguhnya, tiada siapa pun mengetahui bila masanya pengampunan ALLAH berlaku.

Awan...andai dapat ku capai, maka saktilah hamba.

MATI ITU PASTI, HIDUP.... INSYAALLAH.


Diba,pengubah mentaliti manusia

ALASAN APA LAGI? Part#1

Ketika seorang yang kaya raya ditanya,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si hartawan beralasan bahawa dia tidak punya waktu untuk beribadah kerana seluruh waktunya dihabiskan untuk mengurus kekayaannya.

Mungkinkah dia lupa bahawa kekayaan yang dia miliki tidaklah sebanyak NabiSulaiman a.s. di mana baginda
menjadi lebih taqwa dengan bertambahnya kekayaan.

Alasan apa lagi?
Astagfirullahalazim

Pertanyaan yang sama ditujukan kepada seorang karyawan,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si karyawan beralasan bahawa dia tidak punya waktu kerana sibuk denga pekerjaannya.

Mungkin dia lupa bahawa dia tidaklah sesibuk Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi ketua negara disamping panglima perang dan juga pendidik umat.

Alasan apa lagi?

Begitu juga seorang hamba sahaya ditanya,
Mengapa engkau tidak beribadah...?
Si hamba sahaya berkata bahawa dia tidak punya waktu untuk beribadah kerana sibuk melayan majukannya.

Tidakkah dia lupa bahawa dirinya tidaklah sesibuk dan sengsara seperti NabiYusuf a.s.?

Alasan apa lagi?

TO BE CONTINUED.....Penat aku menaip.Nanti sambung.



 

03 September, 2010

Duit RM 950.60

Salam kalian.
Udah lama kita tidak berpandiran (Berborak). Sebab kesibukkan yang amat tahap petala ke 49.
Btaw, aku tengah dalam proses carik duit. Nak pergi joli kat bukit merah nun..
Nilai yang diperlukan, RM4000. Tapi sekarang baru ade 2 ribu lebih... Mane mau angkut lagi seribu lebih beb? So, aku dan rakan2 seangkatan memulakan bisnes yang lebar lebur tuh. We all jual makanan... banyak gile! Mula-mula aku risau tak laku, tapi disebabkan sekolah aku tu students dia macam perut naga... 
Aku yakin jualan kami laris! Erm, al-kisah dapat le Rm yang berjumlah di atas tu... (Tajuk entri)

Kepada member2 gua a.k.a. classmates.
Maap la, aku tak dapat jadik asst.monitor yang bagus.. walaupun aku ni bagus la jugak.. (haha! kipas diri sendiri..) Naik cuti nanti aku ade plan B... korang toksah risau...
____________________________________________________________
Dah la, nak makan jap. bye!

Diba, pengubah mentali rakyat.

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX