13 March, 2010

Transformasi lalala~


Assalamualaikum


Ahaha~
Lame dah tak nampak lubang idung para readers.. :P Aku menyepi jap selama 12 jam. Semalam aku dikejutkan dengan satu panggilan tepon yang gempax! Dari Miss R. Beliau telah menghabaq kat aku berkenaan keputusan SPM yang telah terputus tu.Integrasi Selandar a.k.a. SISME telah mendapat kedudukan pertama di Melaka ye~ harap maklum.
(Ape bisik2? Tak puas ati cakap la.haha.)

Oleh kerana terlalu terkejut + excited dengan keputusan tersebut. Aku telah berborak+bergosip dengan Miss R selama 41 minit 52saat di talipon. Aku dan Miss R mule risau,kerana mereka yang dapat keputusan cemerlang tu.. semua terdiri daripada mereka2 yang baik aje. Kesimpulan yang tersimpul di sini, aku mau jadi baik ye bersama Miss R tersebut. Tapi boleh ke? Aha~ tu yang menjadi tanda tanye hingga ke hari ni.

Lalu~ aku mengambil keputusan untuk membuat transformasi seperti transformers apabile balik ke skola ye... Aha~ ini juga menjadi persoalan yang bermonolog di sanubari akuh.Mampus la. Yang penting, aku tak susahkan mane2 pihak.

Okeh, tadi tu mukadimah je.
Cite sebenarnye, baru nak bermula...

Pada suatu hari.. aku berjalan2 di koridor kelas perkongsian ku.(Kelas aku ade air cond tau~)
Tetibe je, kawan aku.. iaitu Miss A memanggil nameku yeah.Aku pun toleh la. Dia ajak balik dorm, ade hal katenye.Oleh kerana aku keboringan tahap maksima,aku pun ikut jelah. Lalu berjalanlah kami bersama2 ke asrama.

Tengah berjalan tuh, Si Miss A ni mulut dia pot pet pot pet mengalahkan nenek kebayan belakang skola aku. Aku layan je la kan ape yang dia cakap tuh. Bile sampai satu jalan ni.. kitorang terpakse melalui longkang yang bole tahan la besa.. Langkah jelah~ lepas aku langkah, aku sambung la bercakap potpet malayan si Miss A nih. Tetibe takde respon.. Aikk??Aku pon toleh ke blakang.

Wakaka~ Miss A tengah landing dalam longkang.. haha. nasib baik takde air busuk dalam longkang tu. Aku bertanye,

"Apsal ko tak nak bangun?"

Dia menjawab.

"Aku malu lah, lebih baik aku dok diam je dalam longkang nih"

Aku pon ketawe berbahak. Lalu ku teruskan perjalanan ke asrama..

END OF CONVERSATION :)

No comments:

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX