22 July, 2015

4 PERKARA PENTING UNTUK PERSIAPAN PERKAHWINAN



Salam uolss.

Dah lama aku tak update blog kan? Jadi harini nak update pasal persiapan perkahwinan memandangkan ada seorang kawan aku nak kahwin hujung tahun ni =)


1. KEK KAHWIN

Ya.. kek sangat penting. Semua orang nak kahwin dengan kek sedap sedap kan? Korang boleh bukak instagram dan cari nama ig @miss_majlis_cakes_events dorang ambil tempahan macam macam jenis kek, dan boleh buat candy buffet juga!

Pilihan kedua untuk cake, boleh cari instagram nama @cravetobite. Dia ni pernah buat kek big hero 6 untuk anak linda rafar tau. Haa kelas gituu. Dorang berdua ni kawanku.


Sedapnyaaaa

2. DOORGIFT

Haa ni aku yang jual. Boleh cari instagram nama @dolcebydiba & ada macam macam jenis pilihan doorgift. Ada pretzel & macaron dan harga serendah RM1.80 !!

Apo laie tunggu, jom order!



3. HIASAN DEWAN

Untuk hiasan dewan ni, saya suggest cari instagram @balloonism25. Dorang ada sediakan servis pasang belon lawa lawa dan dorang boleh pergi tak kira kat mana pun majlis korang!

@balloonism25



Ni contoh belon dorang.


4. BAJU KAHWIN

Haa baju kahwin I have no idea la nak tempah mana. Sebab takde kawan yang jual wedding dress haha.

10 March, 2015

TOP 5: Domino's Pizza Paling Sedap


Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam kerjaya sebagai pelanggan tetap Dominos Pizza (eh kerjaya ke tu haha) Akhirnya aku dah dapat mengenal pasti Top 5 topping untuk Dominos Pizza. Senang cerita topping dia yang paling sedap lah.

Ranking adalah berdasarkan pendapat peribadi aku, keluarga dan kawan-kawan.

Gambar credit to www.dominos.com.my



1. TUNA TEMPTATION



Kenapa Tuna Temptation sedap?

Setiap gigitan akan terasa ikan tuna dan dan rasa onion dia + nanas memang sangat padan! Aku pernah makan yang large pizza Tuna Temptation seorang diri je tau. Habis pulak tu. Boleh bayangkan tak betapa sedapnya? Aku tak berapa suka nanas tapi gabungan nanas dan tuna dalam pizza ni sangat ngam! Memang umpphh

2. CLASSIFIED CHICKEN



Kenapa Classified Chicken sedap?

Daging ayam + onion + mushroom dan mozzarella cheese yang sangat juicy! Setiap gigitan akan rasa juicy juicy dan cheese dia sangat yummy! Tak terkata sedapnya. Kena cuba sendiri baru tau hehe. Ayam dia juicy, mushroom dia juicy digabungkan pula dengan mozzarella cheese (betul ke eja mozzarella?) Ni pun mengancam nyum nyum

3. MEATASAURUS



Kenapa Meatasaurus sedap?

Peminat daging sesuai sangat cuba Meatasaurus ni! Ada beef pepperoni, daging kisar dengan mushroom. Sangat mencair dimulut hehe. Lepas tu pekena BBQ sauce Dominos ni lagi, memang sedap! Sedap memang sedap meatasaurus ni tapi aku jarang beli sebab ada surcharge hehe, RM7.50 =(

Tapi kalau korang peminat daging memang wajib cuba, Tak salah spend lebih sikit untuk benda sedap hehe

4. CHICKENSAURUS



Kenapa Chickensaurus sedap?

Hmm nama ada saurus saurus ni memang sedap haha. Lebih kurang sama dengan Meatasaurus, ada mushroom, chicken pepperoni dan ground chicken, pekena pula dengan BBQ sauce memang juicy habis. Tapi meatasaurus lagi sedap heh

5.ALOHA CHICKEN



Kenapa Aloha Chicken sedap?

Aloha chicken ni memang dabomb sebab ada mozzarella cheese + ayam dia yang lembut dan juicy tambah lagi nanas yang juicy jugak. Buat pengetahuan korang, nanas dan ayam bila digabungkan memang sedap sangat sangat! Jadi Aloha Chicken ni memang kombinasi yang sedap untuk orang yang suka cheese dan ayam. Nyum nyum

DAN...

sebab utama aku paling suka Dominos Pizza adalah, servis dia yang laju dan mesra pelanggan. Kalau dine in, tunggu 15 minit je pizza dah siap. Dan pizza akan dihidangkan masa masih berasap lagi. Roti dominos pun lembut sangat berbanding jenama lain hehe.

Lepas tu, kalau delivery pula, dorang akan hantar awal dari masa yang dijanjikan, sangat menepati waktu ya, Banyak kali, aku order online, minta hantar pukul 5PM, 4:45PM dia dah sampai. Cepat 15 minit you all. Murah pun murah Dominos PIzza ni.

Okay tu je nak cerita. Nanti nanti akan update lagi pasal dominos pizza. lols

MOST VIEWED THIS WEEK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBEBEL BOX